25 February 2011

Phimosis..

Phimosis tu apa?

Kalo nak tau, baca kisah adik di bawah ni.

Pada hari aku buat locum, aku didatangi seorang budak berumur 8 tahun yang mengadu susah nak kencing.
Adik : "Saya susah nak buang air kencing."
Aku : "Kenapa? Sakit ke buang air kencing?"
Adik : "Sakit. Nak kencing pun susah."
Aku : "Susah camne tu dik? Tak boleh kencing ke?"
Adik : "Bila nak kencing, air kencing akan terkumpul kat kulit depan sampai jadi gelembung kulit tu. Nanti air kencingnya baru kuar menitik sikit-sikit. Tu yang sakit tu."
Aku : "Ooo.."

Tapi aku masih tak dapat membayangkan, kenapa boleh jadi camtu ye? So, aku pun periksa punai dia. Rupa-rupanya dia ada phimosis..!

Phimosis tu adalah keadaan lubang kulit punai yang kecil sehingga tidak dapat untuk tarik ke bawah menonjolkan kepala punainya. Ini disebabkan kulit lubang tu dah tak anjal, dan tak boleh dibuka luas. Maka, air kencing akan terkumpul dahulu di celah antara kepala punai tu dengan kulit luarnya, menghasilkan gelembung kulit kerana terisi air kencing. Oleh kerana lubangnya terlalu sempit, air kencing akan keluar menitik-nitik sahaja sehingga habis air kencing tu dan surut kembali gelembung kulitnya. Itulah.. phimosis.

Bagi para doktor, keadaan ini boleh dirawat dengan circumcision (bersunat).

Tapi, perlu diingatkan. Keadaan boleh menjadi bahaya jika lubang yang sempit itu terperosok ke bawah dan menjerut kepala punai tu. Ini dinamakan paraphimosis..!


Jika jadi macam ni, biasanya pesakit akan mengadu kesakitan pada kepala punainya. (Ini disebabkan lubang hujung yang sempit itu telah menjerut leher punai tu sehingga aliran darah tersekat dan mengakibatkan kesakitan yang kuat pada kepala punai.) Bila diperiksa, bahagian hujung akan membengkak dan merah menyala/membiru.

Jika anak anda jadi camni, SEGERA BERJUMPA DOKTOR!

Hm.. adik tadi dah berjaya disunatkan dengan baik. Lepas ni, dia boleh la kencing dengan elok. Cuma.. ayahnya bertanya tadi.

"Doktor, nanti bila anak saya dah besar, penyakit ni akan menjejaskan hubungan suami-isteri tak nanti?"

Aku geleng je, dan senyum sendirian. Risau jugak si ayah ni akan 'kemampuan' anaknya.
:-)

9 comments:

zoul dahan™ said...

Tahniah!
Anda tahu apa tu Phimosis.
Kat hospital di temapat saya.
Doktor2nya tak tahu apa itu Phimosis.
Saya dah diagnosed pun,
mereka suruh budak tu balik rumah.
Ala jangkitan biasa aje.
Balik dengan Bactrim sahaja.
Rasa nak pergi maki aje doktor yg bangang tu...

DrSatriaN said...

Discaj paraphimosis ke? Ish, bahaya tu. Tu yg banyak org nak saman hospital tu.

shaza said...

As salam doktor..

Kebetulan saya tengah mencari info tentang phimosis. Saya minta izin untuk share di blog boleh ye..

Gina said...

Salam Dr
Based apa yang Dr terangkan di atas, macam terjadi pada anak lelaki saya yang berumur 6 tahun baru-baru ini, Dia mengadu gatal dan pedih pada birdienya, malah nak kencing pun takut. Saya kini berada di Adelaide, South Australia. Kami telahpun berjumpa doktor dan saranannya adalah bersunat. Sementara itu, Dr sini memberikannya ubat sapu untuk kelegaan pada birdienya. Saya hanya akan kembali ke Malaysia pada bulan puasa nanti untuk melakukan sunat itu. Adakah saya terlambat atau perlu dibuat dengan segera ?

DrSatriaN said...

Gina : Andai anak anda masih boleh kencing lagi, dan birdienya tak membengkak, puan tak perlu risau. Boleh tangguhkan sehingga tiba waktu yg dirasakan sesuai, tapi janganla tunggu sehingga tahun depan. Andai anak anda tak boleh kencing atau birdienya membengkak, datangla ke hospital segera. Harap membantu.

izan said...

Saya ada masalaha sikitlah dr. Anak saya brumur 2 thn 6 bln.dia tak kencing dlm masa 12 jam.bila saya tgk pamapes dia masih lg kering dan xade kesan air krncing.saya pn bawa anak ke klinik dan dr di klinik bg tahu,suruh tuam di perut dn bahagian kemaluan anak. Masa dia periksa, dia ckp pundi kncing anak sy keras sikit.bila sampai je rmh dr klinik, saya tengok anak saya kencing.lpas saya tuam, dia ada kencing sikit.tapi lepas 4 jam slpas tu dan sudah minum sebotol susu, anaka saya tak kencing2.saya terus tuam tapi masih tak kencing.macama mana ni doktor..boleh bantu saya..

Unknown said...

Selamat sejahtera dr. bolehkah saya ingin mendapatkan secara khusus mengenai sebab-sebab berlakunya sakit fimosis ini..

Unknown said...

salam sejahtera Dr..bolehkah saya ingin mendapatkan secara khusus
mengenai tanda-tanda penyakit fimosis..??

Anonymous said...

Doctor,anak says menghidap phimosis Dan memaksa dia menarik kulit kulupnya sehingga terluka.adakah tindakan itu wajar?

Post a Comment