31 August 2011

Ustaz Nasrudin kecewa dengan PAS?

Assalamualaikum w.b.t.
Harga akidah tidak wajar diganti dengan kemenangan pilihanraya. Jika menang pilihanraya tetapi akidah tergadai, apakah erti perjuangan lagi? Berjuang untuk siapa sekarang? Ustaz Nasrudin, kami turut bersedih mengenangkan apa yang sedang berlaku..

Sila baca artikel di bawah..

30 August 2011

Selamat Hari Raya!!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada semua pembaca setia saya. Saya harap di saat yang bahagia ini kita dapat melupakan salah dan silap kita, juga memaafkan kesalahan orang lain ke atas kita.

*Alhamdulillah, raya kali ini bercuti di kampung saya. Agak meriah dan menggembirakan dengan kehadiran adik-beradik dan anak-anak saudara. Tak sangka sudah besar keluarga kami.. Heeheh.


Terima kasih kerana sudi mengikuti perkembangan blog kami.

25 August 2011

Cita-Cita atau Cinta?

Assalamualaikum.

Jika anda diberi pilihan samada mahu mengejar cita-cita atau memenuhi cinta, apakah pilihan anda? Mungkin ada yang menjawab, pilih kedua-duanya sekali. Namun, dalam hidup ini.. tidak semuanya indah dan tidak semuanya berjalan mengikut kehendak kita.

Apa pula pilihan aku?

Mungkin anda membayangkan perkara ini ketika di alam remaja yang mana perlu membuat keputusan samada hendak meneruskan belajar atau kahwin je. Banyak je cerita-cerita macam ni yang dipaparkan kat televisyen.

Tapi.. konflik ini berlaku pada saya, dari sudut pandangan yang berbeza pastinya. Bagi orang yang sudah bekerja dan sudah berjaya menamatkan pengajian, apakah lagi cita-cita yang mahu dikejarnya? Sebenarnya, cita-cita dalam diri seseorang tidak akan pernah padam. Bila dah jadi pelajar universiti, nak jadi graduan berjaya. Bila dah jadi graduan dan jadi doktor, nak jadi pakar pulak. Bila dah jadi pakar, mesti nak kena jadi pakar subspecialty (yang lebih khusus lagi) pulak. Bila dah sampai ke peringkat itu, tidak dinafikan lagi hal-hal politik dan mengejar reputasi dan nama pula yang menjadi cita-cita.

Cita-cita tidak pernah luput. Bila kita berjaya mencapainya, kita akan 'diberi' pula cita-cita baru. Itulah kehidupan.. yang akhirnya akan kembali bertanya kepada kita..

"Apakah yang penting dalam hidup kita?".

Bila kita meneliti perkara yang penting dalam hidup kita, kita akan dapati ia tidak lari dari perkara yang kita cintai. Betul? Tapi.. seringkali kita mengabaikan apa yang penting dalam hidup kita.

Banyak sekali aku temui pakcik-makcik yang tinggal rumah bersendirian dengan bertemankan jiran-jiran di sebelah rumah. Tidak mereka ada anak-anak? Tidakkah anak-anak mereka merasa betapa pentingnya ibubapa mereka dalam kehidupan mereka? Kenapa tiada seorang pun yang sanggup mengorbankan cita-cita itu untuk memenuhi 'cinta' mereka?

Sungguh pun aku kesian, tapi apakan daya aku. Aku cuma insan asing, yang tidak ada kena-mengena dengan keluarga mereka. Tapi.. itu menjadi konflik dan persoalan dalam diri aku pula.

Di persimpangan ini, aku juga menjadi keliru. Melihatkan kawan-kawan yang gigih menelaah buku-buku untuk mengejar cita-cita, aku menjadi keliru. Apakah aku sedang 'memadamkan' cita-cita aku? Sedangkan orang lain berusaha memajukan diri sendiri, aku pula membelakangkan masa depanku. Apakah aku menggelapkan masa depanku sendiri?

Tidak... aku mempunyai cinta yang perlu aku tunaikan. Biarpun aku ketinggalan, namun.. aku tidak mahu ibubapaku menjadi seperti pakcik makcik itu..

23 August 2011

Terkenang Zaman Student Dulu..

Assalamualaikum.

Semalam, aku tengok kesian kat medical student UKM yang datang kat wad aku. Termanggu-manggu kat wad tak tahu nak buat apa. Sekejap ke depan sekejap ke belakang. Mereka datang berkumpulan. Datang ke kaunter, belek-belek rekod pesakit nak tahu apa penyakit. Kemudian, datang kat pesakit. Tengok pesakit tengah tidur. Tak jadi nak soal selidik dan periksa. Berdiri sekejap kat tepi katil sambil borak-borak, mungkin dengan harapan pakcik tu boleh tersedar. Dah 10 minit tunggu, makin kuat pulak dengkuran nafas pakcik tu. Makin lena lak dia tidur. Dah tak dapat belajar apa-apa hari tu.

Kesian.. bila terkenang masa zaman aku dulu, macam tu la jugak yang berlaku. Bukan senang sebenarnya kita nak periksa orang. Dengan perasaan takut-takut sebab tak biasa jumpa orang, pastu nak ganggu orang yang tengah berehat untuk pemeriksaan sendiri yang hanya semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Tidak ada faedah sangat pun kepada pesakit sebab kita tak terlibat dalam perawatan kepada pesakit. Memang rasa serba salah. Nak kacau, takut pesakit tak selesa. Tak nak kacau, kita yang tak belajar apa-apa. Rasa sia-sia je datang wad berkobar-kobar nak belajar. Takde sape yang sudi nak tolong ajar apa-apa. Takde sape yang sudi merelakan diri diperiksa sewenang-wenangnya. Yela, kalau aku jadi pesakit pun aku tak suka setiap 30 minit diperiksa oleh pelajar perubatan.

Itulah pengalaman aku masa jadi student dulu. Terasa terasing dan diasingkan. Selalu aku terfikir, bagaimana cara nak belajar sebenarnya..

"Tak de sape-sape ke yang sudi ajarkan sesuatu kepada kami??" Itulah keluhan aku apabila gagal mendapatkan pesakit untuk diperiksa dan terpaksa pulang je ke bilik baca buku yang begitu membosankan.

Aku pernah melalui pengalaman sebegitu. Dan aku dapat rasakan apa yang dirasai oleh beberapa orang medical student yang dari tadi tak habis-habis membelek-belek rekod pesakit. Ntah apa yang diorang faham, aku pun tak tahu. Ntah apa yang diorang belajar, aku pun tak pasti.

Atas rasa tanggungjawab dan prihatin, aku jumpa diorang. Memang diorang terus mengaku tak dapat periksa pesakit lagi. Kesiannya.. aku pun tawarkan diri untuk memberi kelas percuma. Memang terus terpancar kegembiraan di wajah setiap seorang daripada mereka.

Ya.. memang itulah yang aku harapkan masa aku jadi student dulu. Sangat-sangat mengharapkan ada seorang dua doktor yang sudi datang menghulurkan pengalaman dan pelajaran kepada kami. Jarang sekali dapat jumpa doktor yang sudi memberikan tunjuk-ajar.

Aku tunaikan harapan mereka, yang sebenarnya adalah harapan aku sendiri masa aku jadi student dulu. Sebenarnya adik-adik.. aku sekadar menunaikan harapan aku sendiri. Aku berharap tidak menjadi doktor yang sombong langsung tidak mempedulikan nasib pelajar-pelajar perubatan, sedangkan tanggungjawab yang dipikul kelak sungguh berat sekali. Itulah harapan aku apabila aku jadi doktor kelak..

Dan kini aku sudah berjaya menjadi doktor...

22 August 2011

Ape Cerita Emas Sekarang Ye?

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku dah lama tak nengok harga emas aku. Simpan je kat bawah tanah. Tak tahu dah ape cerita emas sekarang. Pada awal Januari hari tu, rasa sedikit kecewa kerana harga emas jatuh sikit sehingga mencecah harga pada masa mula-mula beli. Tapi.. bila menjengok balik harga emas, Wah!! Terkojutz den. Dah naik mendadak harga emas. Seketul 1 dinar yang kecik yang aku beli hari tu berharga RM625 je.. sekarang dah.. RM810!!!

Alhamdulillah..

Nak tahu lebih lanjut, ikuti rencana sifu aku kat bawah ni.

16 August 2011

Cuti Hari Nuzul Al-Quran..

Assalamualaikum.

Esok cuti. Rasa lega betul hati bila dapat cuti. Kepala tu rasa lapang betul. Kalo tak asyik serabut je. Alhamdulillah. Boleh la tolong isteri kemas-kemas rumah esok.


13 August 2011

Sakit Perut.. nak pergi klinik kerajaan?

Assalamualaikum.

Kerap kali juga aku berjumpa dengan pesakit yang mengadu masalah sakit perut. Setiap kali aku buat locum atau jaga Klinik Pesakit Luar, pasti aku akan jumpa pesakit yang mengadu masalah ini. Memang tidak dinafikan masalah ini memang kerap sangat berlaku.

Adik aku pun mengalami masalah yang sama. 

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu anda perhatikan?

Tanda-tanda bahaya adalah sekiranya berlaku luka berlubang pada dinding perut tersebut, iaitu sakit perut yang amat sangat, muntah-muntah keluar darah, berak berdarah warna hitam, perut menjadi keras dan tak boleh disentuh kerana sangat sakit, dan tidak bermaya langsung.

Bila terjadi luka berlubang, maka isi perut akan terkeluar masuk ke ruangan peritoneum (kantung perut yang menampung perut dan usus) dan menyebabkan jangkitan kuman yang teruk pada perut (peritonitis). Pendarahan akibat luka itu juga menyebabkan anda muntah darah dan berak berdarah warna hitam (biasanya najis seperti ini cair). Ini bahaya kerana anda boleh maut jika tidak dirawat segera akibat pendarahan atau jangkitan kuman. Bila hilang banyak darah, anda akan berasa letih dan lesu, juga pening-pening kepala nak pitam. Jika hilang banyak darah lagi, anda akan tercungap-cungap kerana tak cukup darah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Ini.. sangat BAHAYA!! Nyawa di hujung tanduk jika terus lewat-lewat dapatkan rawatan.

Namun, bagi kes-kes yang tidak teruk, anda boleh perhatikan bagaimana masalah ini dirawat di hospital kerajaan seperti dalam carta di bawah:


OGDS = Oesophagogastroduodenoscopy. Ini adalah prosedur memasukkan alat teropong kamera ke dalam mulut anda sehingga tiba ke perut, dan juga usus kecil. Ia bertujuan melihat dinding perut jika ada luka atau ketumbuhan yang mungkin menyebabkan sakit perut itu. 

Bagaimana pun, mungkin aliran rawatan di hospital/klinik tempat anda berbeza bergantung kepada polisi yang diamalkan di sana. Sila rujuk kepada doktor jika berhadapan dengan masalah ini, melainkan jika anda sendiri adalah doktor.. :-)

12 August 2011

Kisah-kisah Penipuan Semasa Membeli Tanah... Kisah Benar 1!

Assalamualaikum.

Kali ni, aku nak kongsikan plak kisah-kisah yang diturunkan oleh makabah aku tentang kes-kes penipuan hartanah sepanjang pengalaman diorang mengendalikan pembelian tanah. Kisah-kisah ini tidak mendedahkan siapa yang terlibat. Namun, apa yang penting yang ingin dikongsikan adalah cara penipuan yang digunakan oleh pihak-pihak yang tidak jujur.


Anda ingin tahu? Teruskan membaca selepas jump break ini.

11 August 2011

Nak beli tanah?

Assalamualaikum.

Adakah anda ada merancang nak beli tanah tapi tak tahu bagaimana caranya? Anda ada terima tawaran jualan tanah murah tapi anda tidak tahu bagaimana nak periksa status tanah? Anda pernah dengar nama Pejabat Tanah tapi tak pasti apa faedah Pejabat Tanah kepada anda jika membeli tanah?

Kepada 'orang-orang baru' seperti saya, memang kurang sangat pengetahuan dalam hartanah ni. Baru setahun jagung la orang kata. Lebih-lebih lagi yang baru memulakan kerjaya dalam hidup, pasti keinginan untuk memiliki tanah ada tapi tak tahu caranya. Kan? Adakah tanah berguna jika dibeli? Misalnya kalau beli tanah seekar hari ni tapi duduk jauh tak diusahakan, apa gunanya membeli? Tapi.. alasan yang paling banyak adalah tak tahu bagaimana cara nak beli tanah, dan ... tak cukup duit. Kan?

So.. bila tak tahu, kenala tanya pada orang yang arif, iaitu.. 'orang-orang tua'. Agak menghairankan jugak sebenarnya bila kita fikirkan di mana semua orang berkeinginan untuk memiliki sebidang tanah baik yang tua mahu pun yang muda, tetapi sering dianggap bahawa urusan jual beli tanah ni dikaitkan sebagai urusan 'orang-orang tua'. Yang muda... samada tak berminat atau tak tahu.

Apa faedahnya beli tanah? (aku dah selalu kena ceramah dengan makabah aku suruh beli tanah, so aku rasa ada baiknya aku kongsikan apa yang diorang ajar)
  1. Nilai tanah yang semakin naik, tidak pernah turun-turun. 
  2. Apabila ada pembangunan di kawasan berhampiran, nilai tanah itu akan mendadak naik (cara cepat jadi kaya).
  3. Jika ada tanah, maka boleh dibuat perusahaan yang memberikan pendapatan tambahan.
  4. Tanah menjadi perisai jika mengalami krisis kewangan (jika dijual, hasilnya bernilai beratus ribu ringgit. Jika kena buang kerja, boleh kembali ke tanah untuk mengusahakan pertanian).
  5. Jadi harta pusaka kepada anak-anak (jadi, adalah sedikit peninggalan harta untuk anak-anak jika kita 'pergi').
  6. Geran tanah boleh dipajakkan untuk membuat pinjaman bank. (cara mudah mendapatkan duit pinjaman tanpa penjamin)
  7. Tanah boleh disewakan. (dapat hasil sewaan, tambah lagi pendapatan bulanan. Ye tak?)
  8. Jika kawasan tanah kita nak dibangunkan menjadi kawasan perumahan, kita boleh berikan tanah kita kepada pemaju perumahan dan digantikan dengan beberapa bijik buah rumah sebagai tukaran. 
  9. Tanah adalah harta yang paling sukar dicuri atau hilang. Jika hilang geran pun, boleh buat permohonan untuk dapatkan geran asli daripada Pejabat Tanah. 
Banyak kan faedah memiliki tanah? Jadi.. di sini saya ingin berkongsikan cara-cara bagaimana membeli tanah seperti yang diterangkan oleh orang tuaku..




07 August 2011

Recomended Android Apps ... from me.

Assalamualaikum.

Basically, I has been using Samsung Galaxy S2 for almost 5 weeks now. Has been feeling good using this device. But I had to tell ya that.. I had drop this phone for quite few times due to its slim design. That's because I am not buying any phone casing yet. Hehe, I save the best for last.

Just to be clear, I had one issue now. I don't know why it keeps notify me that my SD card is blank. The message : SD card blank or has unsupported file systems. Well, it seem to happen in all the android device to like HTC, Motorola, etc. I will update once I find the solution for this.

So, back to the topic. My recommended apps would be...

1. 3G Watchdog


This is really a great apps because you can monitor how much data have been used. If you subscribed for 1Gb data plan per month, then you must be worried that you might exceed the limit accidentally. With this app, you know how much have you use and how much more can you download/use. And.. it is free!

2. Waze


This is a GPS-customer generated maps. They provide a blank map without road, and they encourage you to draw road on their map. You will rewarded for that. And yes.. it is like playing game when you use it. It makes you to subconsciously open your GPS and start this apps to function when you start your car engine. Hehe. There are few more interesting features as well. You can report traffic jam, heavy rain, police trap, and few more. And it is also .. free.

So, that's all for now. Thank you for droping by.

My Worst Oncall....

Assalamualaikum. 

Hai guys, I had a very bad call last night. Very bad, very tiring. So, this is kind of reminder to whom planning of becoming a dictrict doctor.

0800H
Punch card. Feel a bit bradykinesia as I had poor sleep the night before. Went to Labour Room and noted 10 patients in ward. Not too many, but usually it used to be less than that. Maybe it was my luck that day. Huhu.. So, there I go. Seeing patient one by one.

1000H
While examining patient, got a call from Emergency Unit to come STAT to review patient in Yellow Zone. They said the family had started making a fuss in there. So.. when I came there, it was not just that patient but 5 - 6 patients to be attended too! Argh..! Quickly assess them and put up some plans, I rush back to Labour Room as my patient was screaming unable to hold her urine anymore longer.

(I was planning to do Ultrasound scan on that patient's stomach, to see how's her baby doing. So it is routine that we ask patient to drink some water and hold their urine while we do scan, because the scan device will show picture better with urine in bladder.)

1200H
Finally, managed to finish round in Labour Room. Yea... Ring! Ring! My phone shout. "Yes, Drsatrian here. Anything?". And there you go, once you got call up, you will be called up on and on. So, it became my marathon from wards to Emergency unit, and back. But I am not the only one oncall here. Where is my other MO? She's the one who should cover the ward as she is second call. Why the ward's staff call me up instead?

(In my hospital, we have 2 medical officers (MO) oncall in every minute. So, it is always 2 people available to cover respective area. The first call has to cover Emergency, while the other cover all the wards. We have 3 wards - Male ward, Female & Paeds ward, and O&G ward. Oh.. and yes, the second call has to cover Mortuary 'ward')

Then, to my horror.. she was attending a post-mortem case with Forensic Specialist. Starting from 1000H till 1550H.

(When you attend postmortem case, you were stuck in there assisting cutting on corpse. And your friend will have to cover your job.. in a real sense of meaning, your friend had to cover the WHOLE hospital ALOooooone....!)

Few patients come for abdominal pain. One with history of accident 4 days back, and still complaining pain over her right hypochodrial area. Chest xray showed no rib fracture. So... admit! Have to make fast (very very fast) decision.

Then, few ambulances came to drop by. Two of them were involved in motor versus motor accident. One hit another. Yes, the young as much as 16 years old hit the poor 56 years old man. Pity that old man because from my first glance... he sustained INTRACRANIAL BLEEDING! and also open fractures of his right foot. Later on, we found out that he might as well having INTRAABDOMINAL BLEEDING!

Yap.. just for that patient, I had call up 5 departments in Hospital Besar just to see that man. Neurosurgery, Radiology, Surgery, Orthopaedic and Emergency. Wow..! My name sure grow famous over there. Hehe.

But that's just not done yet. I had called up Surgery for another case of suspecting acute appendicitis. And consult the Orthopaedic for undisplaced patella fracture (vertical fracture) with haemathrosis. Then, call the Medical for stroke with expressive dysphasia. Yap.. not to mention, calling the O&G for postpartum haemorhage with underestimated blood loss!

And.. literally, I had not taking good break to rest until at 0300 in the morning. It is not that there wasn't any case, but it is just that I just fall into non-arousable sleep (=comatose!). Lucky it is my wife who is doing the second call, so she had to cover me up as the Emergency staff unable to reach me.

Hehe.. So, do you think it is nice and relaxing working in district. Come and join us if you will.

04 August 2011

Comelnya anakku ni..

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan anda, anak saya dah pun 2 orang. Sorang berumur 2 tahun 6 bulan, dan lagik sorang baru 3 bulan. MasyaAllah, dua-dua cergas semacam je. Yang besar suka bercerita (kalo faham ceritanya takpela jugak, tapi tak tahu apa yang dicakapnya) dan menyanyi, dan yang keciknya asyik minta didokong je kerjanya. Macam-macam karenah anak-anak kecil ni..






Di awal Ramadhan ni, bila kami bangun sahur.. yang kecik pun bangun jugak. Tapi tak nak susu pun, cuma minta didokong je. Bila letak atas tilam, nangis.. bila diangkat, terus muka senyum tengok kita. Haish! Sabou je la. Tak dan nak buat koje lain.

Yang besar lak, suka betul kaco si adiknya. Sikit-sikit nak peluk adiknya, kadang-kadang nampak macam lemas adiknya. Risau tul. Pastu suka betul nak cium muka adiknya. Masalahnya kepalanya dah la besar berbanding kepala adiknya, macam durian dengan timun. Penyek adik dibuatnya. Tapi.. bila adiknya menangis dalam buaian, pandai jugak dia tolong buaikan. Siap nyanyikan lagu syahadah lagi, macam yang umminya selalu buat. Hebat betul skill menirunya.

Kami ni yang ibubapanya.. kena la bergilir-gilir jaga diorang. Sorang wat kerja dapur, sorang jaga anak. Bila sorang nak solat, lagi sorang tengokkan budak. Haish... ni baru anak dua. Kalo tiga? Mahu dapat chronic back pain nanti. Kadang-kadang tu, malas dah nak layan. Bior je diorang wat koje apa-apa, asalkan tak merbahaya. Saya tak kisah pun si kakaknya menyepah-nyepahkan barang mainannya, cuma si ummi dia la yang nampak berasap je kepalanya (tahan marah).

Itulah al-kisahnya anak-anakku.. comel, tapi hanya Allah je la yang tahu camne nak jaganya.
Wallahualam.

02 August 2011

Salam Ramadhan..

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Ramadhan al-Mubarak.


Alhamdulillah, bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan sudah tiba. Oleh itu, di kesempatan waktu yang ada ini, saya ingin mengucapkan selamat beramal ibadah dalam bulan Ramadhan kepada anda semua. Semoga bulan Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya..

Di akhir kata, mari kita sama-sama hayati maksud hadis di bawah sebagai peringatan diri kita. Selamat Berpuasa...!

"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" [Bukhari-Muslim]