25 August 2011

Cita-Cita atau Cinta?

Assalamualaikum.

Jika anda diberi pilihan samada mahu mengejar cita-cita atau memenuhi cinta, apakah pilihan anda? Mungkin ada yang menjawab, pilih kedua-duanya sekali. Namun, dalam hidup ini.. tidak semuanya indah dan tidak semuanya berjalan mengikut kehendak kita.

Apa pula pilihan aku?

Mungkin anda membayangkan perkara ini ketika di alam remaja yang mana perlu membuat keputusan samada hendak meneruskan belajar atau kahwin je. Banyak je cerita-cerita macam ni yang dipaparkan kat televisyen.

Tapi.. konflik ini berlaku pada saya, dari sudut pandangan yang berbeza pastinya. Bagi orang yang sudah bekerja dan sudah berjaya menamatkan pengajian, apakah lagi cita-cita yang mahu dikejarnya? Sebenarnya, cita-cita dalam diri seseorang tidak akan pernah padam. Bila dah jadi pelajar universiti, nak jadi graduan berjaya. Bila dah jadi graduan dan jadi doktor, nak jadi pakar pulak. Bila dah jadi pakar, mesti nak kena jadi pakar subspecialty (yang lebih khusus lagi) pulak. Bila dah sampai ke peringkat itu, tidak dinafikan lagi hal-hal politik dan mengejar reputasi dan nama pula yang menjadi cita-cita.

Cita-cita tidak pernah luput. Bila kita berjaya mencapainya, kita akan 'diberi' pula cita-cita baru. Itulah kehidupan.. yang akhirnya akan kembali bertanya kepada kita..

"Apakah yang penting dalam hidup kita?".

Bila kita meneliti perkara yang penting dalam hidup kita, kita akan dapati ia tidak lari dari perkara yang kita cintai. Betul? Tapi.. seringkali kita mengabaikan apa yang penting dalam hidup kita.

Banyak sekali aku temui pakcik-makcik yang tinggal rumah bersendirian dengan bertemankan jiran-jiran di sebelah rumah. Tidak mereka ada anak-anak? Tidakkah anak-anak mereka merasa betapa pentingnya ibubapa mereka dalam kehidupan mereka? Kenapa tiada seorang pun yang sanggup mengorbankan cita-cita itu untuk memenuhi 'cinta' mereka?

Sungguh pun aku kesian, tapi apakan daya aku. Aku cuma insan asing, yang tidak ada kena-mengena dengan keluarga mereka. Tapi.. itu menjadi konflik dan persoalan dalam diri aku pula.

Di persimpangan ini, aku juga menjadi keliru. Melihatkan kawan-kawan yang gigih menelaah buku-buku untuk mengejar cita-cita, aku menjadi keliru. Apakah aku sedang 'memadamkan' cita-cita aku? Sedangkan orang lain berusaha memajukan diri sendiri, aku pula membelakangkan masa depanku. Apakah aku menggelapkan masa depanku sendiri?

Tidak... aku mempunyai cinta yang perlu aku tunaikan. Biarpun aku ketinggalan, namun.. aku tidak mahu ibubapaku menjadi seperti pakcik makcik itu..

0 comments:

Post a Comment