23 August 2011

Terkenang Zaman Student Dulu..

Assalamualaikum.

Semalam, aku tengok kesian kat medical student UKM yang datang kat wad aku. Termanggu-manggu kat wad tak tahu nak buat apa. Sekejap ke depan sekejap ke belakang. Mereka datang berkumpulan. Datang ke kaunter, belek-belek rekod pesakit nak tahu apa penyakit. Kemudian, datang kat pesakit. Tengok pesakit tengah tidur. Tak jadi nak soal selidik dan periksa. Berdiri sekejap kat tepi katil sambil borak-borak, mungkin dengan harapan pakcik tu boleh tersedar. Dah 10 minit tunggu, makin kuat pulak dengkuran nafas pakcik tu. Makin lena lak dia tidur. Dah tak dapat belajar apa-apa hari tu.

Kesian.. bila terkenang masa zaman aku dulu, macam tu la jugak yang berlaku. Bukan senang sebenarnya kita nak periksa orang. Dengan perasaan takut-takut sebab tak biasa jumpa orang, pastu nak ganggu orang yang tengah berehat untuk pemeriksaan sendiri yang hanya semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Tidak ada faedah sangat pun kepada pesakit sebab kita tak terlibat dalam perawatan kepada pesakit. Memang rasa serba salah. Nak kacau, takut pesakit tak selesa. Tak nak kacau, kita yang tak belajar apa-apa. Rasa sia-sia je datang wad berkobar-kobar nak belajar. Takde sape yang sudi nak tolong ajar apa-apa. Takde sape yang sudi merelakan diri diperiksa sewenang-wenangnya. Yela, kalau aku jadi pesakit pun aku tak suka setiap 30 minit diperiksa oleh pelajar perubatan.

Itulah pengalaman aku masa jadi student dulu. Terasa terasing dan diasingkan. Selalu aku terfikir, bagaimana cara nak belajar sebenarnya..

"Tak de sape-sape ke yang sudi ajarkan sesuatu kepada kami??" Itulah keluhan aku apabila gagal mendapatkan pesakit untuk diperiksa dan terpaksa pulang je ke bilik baca buku yang begitu membosankan.

Aku pernah melalui pengalaman sebegitu. Dan aku dapat rasakan apa yang dirasai oleh beberapa orang medical student yang dari tadi tak habis-habis membelek-belek rekod pesakit. Ntah apa yang diorang faham, aku pun tak tahu. Ntah apa yang diorang belajar, aku pun tak pasti.

Atas rasa tanggungjawab dan prihatin, aku jumpa diorang. Memang diorang terus mengaku tak dapat periksa pesakit lagi. Kesiannya.. aku pun tawarkan diri untuk memberi kelas percuma. Memang terus terpancar kegembiraan di wajah setiap seorang daripada mereka.

Ya.. memang itulah yang aku harapkan masa aku jadi student dulu. Sangat-sangat mengharapkan ada seorang dua doktor yang sudi datang menghulurkan pengalaman dan pelajaran kepada kami. Jarang sekali dapat jumpa doktor yang sudi memberikan tunjuk-ajar.

Aku tunaikan harapan mereka, yang sebenarnya adalah harapan aku sendiri masa aku jadi student dulu. Sebenarnya adik-adik.. aku sekadar menunaikan harapan aku sendiri. Aku berharap tidak menjadi doktor yang sombong langsung tidak mempedulikan nasib pelajar-pelajar perubatan, sedangkan tanggungjawab yang dipikul kelak sungguh berat sekali. Itulah harapan aku apabila aku jadi doktor kelak..

Dan kini aku sudah berjaya menjadi doktor...

6 comments:

amin said...

org yg kedekut ilmu akan dipersoalkan di akhirat kelak, na'uzubillah....

ummunabihah said...

masa sy jadi mak kepada pesakit..iaitu anak sendri jadi pesakit kat wad....sy pun dengan sukarela menerima tawaran student2 nak soal2 pe2....diorg tak tanya lagi, sy da jawab...hehe...da tau apa diorg akan tanya...
tapi sy ni tak pandai mengajar, kalo tanya, insyaAllah bole jawab....sy hanya mampu build rapport dgn diorg supaya diorg tak takut nak tanya pe2 kat sy.....

me said...

baca kisah ni baru tahu susah jugak perjalanan doktor praktikal ni.,sian..

anieza said...

exactly my thoughts as well, always try to be in their shoes for ive been there done that..same jugakla how i wud want to treat my interns(unfortunately dont have one :P) hate seeing the way some my mo friends treat their interns, dulu mengata mo, tup tup dah jadi mo, they became not any less different...

Unknown said...

sy ske cara doktor...tak kedekut ilmu...tapi saya nak tanya betul ke orang kata jadi doktor tak de life??

DrSatriaN said...

e-kinz, walau pun kerja doktor agak teruk dan kurang masa untuk diri sendiri dan keluarga, tapi ada ramai doktor yang gembira dengan kerjaya mereka. Kadang-kadang, ada yang pada mulanya tidak berminat jadi doktor tapi kemudian berubah menjadi doktor yang cemerlang. Ramai juga yang mulanya nampak berminat, tapi kemudiannya berhenti dan tidak meneruskan lagi kerja sebagai doktor. Sebenarnya ia bergantung pada diri seseorang dan takdir. We can plan, but Allah who will decide.

Post a Comment