Assalamualaikum.
Kerap kali juga aku berjumpa dengan pesakit yang mengadu masalah sakit perut. Setiap kali aku buat locum atau jaga Klinik Pesakit Luar, pasti aku akan jumpa pesakit yang mengadu masalah ini. Memang tidak dinafikan masalah ini memang kerap sangat berlaku.
Adik aku pun mengalami masalah yang sama.
Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu anda perhatikan?
Tanda-tanda bahaya adalah sekiranya berlaku luka berlubang pada dinding perut tersebut, iaitu sakit perut yang amat sangat, muntah-muntah keluar darah, berak berdarah warna hitam, perut menjadi keras dan tak boleh disentuh kerana sangat sakit, dan tidak bermaya langsung.
Bila terjadi luka berlubang, maka isi perut akan terkeluar masuk ke ruangan peritoneum (kantung perut yang menampung perut dan usus) dan menyebabkan jangkitan kuman yang teruk pada perut (peritonitis). Pendarahan akibat luka itu juga menyebabkan anda muntah darah dan berak berdarah warna hitam (biasanya najis seperti ini cair). Ini bahaya kerana anda boleh maut jika tidak dirawat segera akibat pendarahan atau jangkitan kuman. Bila hilang banyak darah, anda akan berasa letih dan lesu, juga pening-pening kepala nak pitam. Jika hilang banyak darah lagi, anda akan tercungap-cungap kerana tak cukup darah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Ini.. sangat BAHAYA!! Nyawa di hujung tanduk jika terus lewat-lewat dapatkan rawatan.
Namun, bagi kes-kes yang tidak teruk, anda boleh perhatikan bagaimana masalah ini dirawat di hospital kerajaan seperti dalam carta di bawah:
OGDS = Oesophagogastroduodenoscopy. Ini adalah prosedur memasukkan alat teropong kamera ke dalam mulut anda sehingga tiba ke perut, dan juga usus kecil. Ia bertujuan melihat dinding perut jika ada luka atau ketumbuhan yang mungkin menyebabkan sakit perut itu.
Bagaimana pun, mungkin aliran rawatan di hospital/klinik tempat anda berbeza bergantung kepada polisi yang diamalkan di sana. Sila rujuk kepada doktor jika berhadapan dengan masalah ini, melainkan jika anda sendiri adalah doktor.. :-)
3 comments:
now, abah @ KL...
Yeke..? Abah kat rumah sape?
kat rumah najim, tp dah balik, nurin je tinggal, esok nak pg check-up kat hukm...
Post a Comment