22 November 2010

Pesan Ayah 1 : Apa makna Kaya?

Alhamdulillah.. seronoknya ketika berada di mood 'cuti'. Malam nak tido, tak risau pun apa nak jadi esok hari. Cuma terasa masa cuti berlalu cepat sgt. Hehe.

Semalam, ayah mertua saya datang ke sini. Seperti biasa, kami akan berborak2 panjang, tapi selalunya ayah yg banyak cakap. Saya cuma pendengar setia. Tapi, dalam dengar2 tu, ada jugak nasihat ayah yg menusuk jiwa di kalbu. Huhu..

Semenjak dua ni, saya selalu berfikir..


"Kenapa aku nak kaya?"

"Kenapa aku bersusah payah nak cari duit beribu-ribu?"

"Apakah erti hidup ni nak cari duit je?"

Aku sendiri pun selalu confius. Kadang2 bila aku letak matlamat nak capai sejuta ringgit (eleh, berangan nak jadi jutawan je sebenarnya), hati aku sering tertanya2 untuk apa dengan duit tu? Last2, aku akan berbalik kepada persoalan yg sama juga..

"Apa erti hidup aku sebenarnya?"

Ada tak korang pernah terfikir dan confius macam aku? Mungkin aku je kot yg confius, tapi itulah masalah aku sehingga lah ayah aku ni datang semalam. Borak punya borak, ntah kenapa, sedikit demi sedikit, terurai juga kekusutan yg aku alami selama ini..
"Ayah datang dari jauh2 ni sebab ayah tak mahu hubungan menantu-mertua cuma setakat nama je, tapi tak ada keakraban dan ukhuwah." 
Aku menganguk, kagum tapi keliru. Aku yg bergaji besor ni pun asyik berkira2 nak balik ke johor yg jauhnya beratus kilometer, (biasa habis RM150 sekali perjalanan, banyak tu) tapi ayah yg pendapatan tak tetap boleh pulak bawa kereta jauh2 datang sini sempena cuti sekolah. Seolah2 beban belanja besar tak difikirkan langsung.
"Ayah pun merancang nak jalan ke rumah2 sedara kat Klang. Ingat nak singgah tadi, tapi tengok masa dah suntuk, ayah teruskan je ke rumah kamu. Sebenarnya ayah nak jumpa semua sedara-mara ayah kalo boleh sekurang2nya setahun sekali. Yg adik beradik tu, kalo dapat 3 kali setahun."
Wah! Ayah siap plan nak berjalan2 ke rumah2 sedara-mara yg lain pulak. Ayah tak fikir ke berapa kos yg dia nak tanggung nanti. Aku senyum je, tapi tak komen apa2. Dalam hati, biar betul ayah aku sorang ni. Mana dia nak cari duit? (Tengok! Duit jugak yg aku fikirkan).
"Atuk ko pun cemburu tgk ayah. Sekarang dia dah berduit, tapi badan pulak tak larat nak berjalan jauh. Ayah tgk dia macam menyesal tak buat macam ayah buat sejak dari dulu2 lagi. Tapi, itulah yg ayah nak pesan kat kamu ni.."
Hah! Tersentak jantung aku bila dengar ayat ayah ni. Memang inilah yg aku selalu tertanya-tanya, untuk apa aku ada duit banyak2 nanti? Adakah berbaloi aku mengejar duit berjuta2 dan mengabaikan perkara2 lain yg jugak penting dalam hidup aku? Macam atuk, dia kata menyesal sekarang bila badan dah tak larat, tapi dia dah capai duit banyak seperti yg aku selalu impikan. Persoalannya, kenapa dia menyesal lak bila dah berduit? Ini yg aku nak tau..
"Apa yg penting dalam hidup kita ni bukan duit. Ramai orang kejar duit, tapi bila dah dapat duit, dia tak dapat buat apa yg sebenarnya lagi penting daripada duit. Bagi ayah, hubungan persaudaraan itu sangat penting. Ada duit ke takde duit, ayah tak fikirkan sgt. Yg penting, ayah nak jumpa sedara ayah. Kalo sedara ayah ada masalah, ayah nak tolong. Kalo ayah ada masalah, sedara nak tolong ke tak ayah tak kesah. Jadi, kamu jangan abaikan sedara-mara kamu.."
Oooo...itulah jawapan yg aku cari-cari selama ini.
Betul cakap ayah!
Saya sokong!


Ramai orang cari duit, tapi tak tahu ke mana nak dibelanjakan duit tu (macam aku le). Kadang2 duit tu habis dibelanjakan pada perkara2 yg kurang penting dalam kehidupan. Menjadikan kehidupan mereka bagaikan tidak bermakna.

Memang betul, kalo takde duit, kita tak dapat buat apa yg boleh dibayar dengan duit tu. Tapi, selalunya atas alasan nak cari duit lebih, kita lokek nak keluar belanja sikit untuk gunakan pada perkara yg lebih penting dalam kehidupan kita, contohnya ilmu baru, tolong ahli keluarga sendiri, dsb. Al-hasilnya, penat duit dicari, tapi hidup tak bermakna. Terasa hidup kosong tak 'bernyawa'. Dan yg sedihnya, bila duit yg dikejar dah dapat, rupa2nya pintu kubur lagi selangkah je nak masuk.

Huhuhu.. itulah pesan ayah, 22 November 2010. Akan kuingat pesanmu, ayah.

Hmm, korang setuju tak?

2 comments:

Dr K said...

Pesanan yang amat bagus from your FIL.
Ingat, jangan kedekut nak bersedekah, terutama pada ahli keluarga sendiri. Jangan berkira, sebab setiap sen yang kita keluarkan ke jalan kebaikan(derma, rapatkan ukhwah), Insya Allah akan dimurahkan lagi rezeki dari sumber yang tak disangka sangka.

Satu masa dulu saya jenis yang 'agak berkira'
Duit banyak masuk, tapi sentiasa rasa tak cukup.
Mungkin tiada keberkatan di situ.
Alhamdullilah, dengan hidayahNya, saya berubah.
Dan ternyata, sentiasa ada rezeki(bukan sahaja wang ringgit, tapi kesihatan, masa lapang, keluarga).

Maaf komen panjang..:)

ZieSakura said...

zie miyau likes this..

something to ponder on..thanks doc..:)

Post a Comment