Assalamualaikum..
Bila aku terkenang-kenang selama hidupku ini, aku dapati tiada sesuatu yang pasti dalam percaturan kehidupan ini. Tiada sesuatu yang dapat aku sandarkan keyakinan jitu.. melainkan Allah.
Bila kita sangkakan kita lebih hebat daripada si anu, kita merasakan alangkah bertuahnya kita tidak menjadi sepertinya. Namun, hidup ini tidak diam-diam sahaja. Bila datangnya ujian dan cubaan ke atas diri kita, barulah kita terasa betapa kerdilnya diri ini sehingga dirasakan tidak layak langsung untuk bekerja di sini. Sekali pun kita tidak pernah memperlekehkan sesiapa, namun bila namanya manusia, kita tak lari daripada diperlekehkan oleh orang lain. Ada sahaja kata-kata tohmahan yang tajam yang tak dapat kita elakkan.. Itulah kehidupan manusia..
Bila kita sangkakan perbuatan baik kita pasti akan dihargai orang, namun masih ramai juga yang tidak menyenangi diri kita. Tidaklah bermakna kita berbuat baik, maka orang pun akan berbuat baik sama. Itulah manusia.. tak semuanya sama. Jika kita sangkakan semua orang baik, maka kita dah tersalah anggapan sebenarnya. Realitinya.. akan pasti ada yang baik dengan kita, tapi pasti juga ada yang tidak senang dengan kita.
Kekadang hidup ini memang tidak adil, tapi sebenarnya kita tidak mengetahui sejauh mana sangkaan ketidakadilan itu.. Orang berfikir bahawa kerja doktor mudah dan lumayan, namun orang tidak mengetahui betapa tertekannya perasaan dan besarnya pengorbanan yang diberikan kepada kerjaya ini. Mungkin orang tidak sampai terfikirkan kenapa harus menyesali menerima kerja dengan gaji besar sebegini, namun selalu sahaja aku terfikirkan betapa menyesalnya mengambil bidang yang penuh dengan risiko dan selalu menjadi mangsa.. apalah ertinya wang, jika tiada masa untuk diluangkan.. apalah ertinya kereta besar, jika hanya berulang-alik daripada tempat kerja dan rumah..
Jadi.. hidup tidak adil cumalah sangkaan kita. Namun, hanya saja kita mensyukuri sudah dengan apa yang kita miliki, pasti... kita akan merasakan kecukupan dalam hidup.
Biarlah orang berdengki dengan kita.. biarlah orang tidak menyenangi kita.. tapi... kita anggapkanlah usaha dan perbuatan baik kita itu untuk Allah dan harapkan balasan baik hanya dari Allah sahaja..
Cukuplah Allah yang balas budi pekertiku..
Cukuplah Allah sahaja yang berikan rezeki buatku..
Cukuplah Allah sahaja yang mengetahui kejujuranku..
Cukuplah...
1 comments:
kesianya....tak pe Allah tau ape yg kita lakukan.........chayok...
Post a Comment