29 July 2011

My Review On Samsung Galaxy S2!

Assalamualaikum w.b.t.

Akhirnya, sudah sampai waktunya saya bercerita serba sedikit tentang Samsung Galaxy S2 ini. Secara keseluruhannya, ia memang smartphone yang menakjubkan.

Spesifikasi

Prosesor berkuasa dual-core berkelajuan 1.2Ghz memang pantas. Setakat penggunaan saya selama ini, tak pernah jammed pun. Gerakan touch screen pun lancar, tak tersekat-sekat. Cuma bila duduk jauh dari bandar ni, memang ada masalah sikit dari segi penerimaan signal Celcom. Jadi bila nak melayari internet/facebook, kena tunggu loading page lama sikit. Tapi bila bermain game, amat lancar dan memuaskan.

Skrin Super AMOLED Plus memberikan paparan gambar yang sangaaaat cantik! Walau pun di bawah terik matahari, masih boleh melihat tulisan dan gambar dengan jelas. Personally, I think this is the most innovative feature that does not exist in other smartphone. Bila main game... cooOOL!

Biasanya, handphone touchscreen ni ada masalah permukaan skrinnya yang menjadi comot akibat kena gores/gesek/tenyeh dengan jari kita. Tapi dengan kehadiran Gorilla Glass pada Samsung Galaxy S2, masalah ini tiada lagi. Sentiasa bersih dan tidak comot lagi. Ia juga kononnya menambahkan kekebalan permukaan skrin daripada pecah atau calar.

Dari segi RAM dan storage, setakat ni saya tak banyak download sangat. Lagi pun, saya dapati saiz aplikasi Android kebanyakannya sekitar 50 kb - 3 Mb. Sangat kecil.

Kamera 

Jika anda menyukai kamera dengan resolusi yang besar dan jelas, saya yakin 8MP adalah yang terbaik di antara kamera-kamera smartphone yang lain. Gambar.. macam real, tapi hanya mampu tangkap gambar statik. Kalo kita bergerak sikit, gambar jadi blur.

Sistem Operasi (Operating System --- Android)

Jika iPhone terkenal dengan iOS, maka Samsung Galaxy S2 pula hebat muncul dengan sistem terkini Android 2.3 (Gingerbread). Apa yang best dengan sistem Android ni? Well... you can change anything that you like. Contohnya, daripada ini.....


...kepada ini...

Hebak mung. Hehe. Tapi memang anda boleh menukar antara muka Android mengikut kemahuan anda. Memang syok!

Kepada blogger, jangan risau. Anda boleh post artikel ke dalam blog anda melalui smartphone Android ini. Yap, kena la download aplikasi Android yang berkaitan.

Apa Yang Tak Best?

Kerana skrin besar, maka agak sukar menjawab panggilan. Tapi saya selesaikan dengan penggunaan Bluetooth Headset. Ia juga sangat nipis, jadi kena sentiasa berhati-hati bila mengendalikan. Kang terjatuh, melayang duit.. Tapi, boleh juga diatasi dengan membeli casing tutup depan belakang yang boleh didapati semurah RM20! GPS..? Nampaknya, belum ada lagi aplikasi Android percuma yang membenarkan penggunaan street-by-street view. Tapi, masih boleh track laluan destinasi seperti dalam Google Maps. Bateri berkuasa 1650mAh boleh bertahan separuh hari, mungkin sebab saya ada banyak aplikasi background.

Keseluruhan

Worth buying it. If you think of buying it now, hold on till September. Who knows that the price might drop. But yes.. new more featured smartphone will come out by then.

Thank you for reading. ;-)

7 comments:

aYa said...

try apps WAZE utk GPS...free n agak cool..blh track traffic/ accident kat mana2 jugak..

aLieF si Muncung ManiS said...

wahhhh....apa pendapat kamu tentang HTC sensation?? okay lagi tak??? agak2 Samsung ni tahan berapa tahun ek?? saja tanya..sbb aku memang nak beli antara samsung galaxy s2 atau HTC sensation...sila reply kat blog saya..please...huhu...(www.aliefcmoi.blogspot.com)

DrSatriaN said...

Assalamualaikum. Thanks Alief for dropping by to my blog http://drsatrian.blogspot.com . Tentang SGS2 dan HTC Sensation, dua-dua pesaing hebat dari segi kuasa. Tapi pd pendapat aku.. SGS2 lagi bagus sebab saiz memori dalaman sebesar 16Gb berbanding hanya 1Gb pada HTC S. Lagi pun, keupayaan Super AMOLED plus masih tidak dpt ditandingi dengan S-LCD HTC S. Tapi pengalaman menggunakan HTC Sense yg ada dalam HTC S tu lebih baik drpd Samsung UI. Just sekadar pandangan sebab tak pernah pakai HTC Sensation.

~mejatulisfendy~ said...

nak tanye, nape Samsung Galaxy SII xle nak send and receive MMS walaupun da berkali2 daftar 3g dgn Maxis? bukan setakat Galaxy SII malah Galaxy S. bole bantu x?

................................... said...

Cpat panas la..tp aplikasi mmg superb..just grab white s2

Anonymous said...

Sama lar. Ssya pun baru hubby adiahkn slps experia screen rosak.
Bila btry sikit. Amik gmbr jer trus s2 jadi panas gile. Kalo sedar bole ar off. Lg satu cmna nak trima mms eak? Ada sesape bole bntu?

mydefacto said...

Kalau nak send mms kena activatekan data network mode dahulu.. tekan & hold power button tu.. dah siap hantar mms sila deactivatekan balik data network tu.. kang abis duit..

Post a Comment