Assalamualaikum..
*Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi membaca blog saya yang tak seberapa ni.
Hari ni hari terakhir MC saya. Huhu. Secara luarannya, badan saya memang nampak hodoh sekali kerana bintik-bintik berair (blisters) yang tumbuh merata kat badan saya sebelum ini dah mulai berkeruping. Ia jadi bintik-bintik hitam gitu.. Tapi itu adalah petanda saya sudah mulai pulih daripada jangkitan chicken pox ni. It's mean that I am not infective anymore, and officially fit for work! Aiyaak..
Bagaimana badan kita pulih daripada jangkitan virus?
Mungkin ada yang tertanya-tanya. Pada beberapa hari badan kita diserang virus, badan kita masih belum mampu untuk melawan lagi. Cara badan kita melawan virus tidak sama seperti melawan bakteria. Kalau bakteria, kita ada banyak antibiotik yang boleh membunuhnya. Tapi kalau virus, antivirus yang digunakan lebih kepada membantu badan kita melawannya atau merencatkan pembiakan virus itu. Oleh itu, jarang kita bagi ubat antivirus berbanding ubat antibiotik. So, kalo selsema tu janganla asyik minta ubat antivirus je. Makan buah-buahan banyak-banyak..
Ada sejenis sel darah putih (T lymphocyte) yang akan menghadam virus itu dan merangka 'peluru' yang bersesuaian (keserasian) dengan virus itu. 'Peluru' itu sebenarnya adalah sejenis protein antibodi yang bertindak menyerang virus/bakteria yang serasi dengannya. Apabila sel itu berjaya dalam ujikajinya, maka sel itu akan membiak banyak-banyak supaya setiap satu sel itu dapat bekerja menghasilkan 'peluru-peluru' dalam jumlah yang banyak. Dan, 'peluru-peluru' itu akan dilepaskan ke dalam darah untuk memusnahkan virus yang ada dalam badan. Al-hasilnya.. barulah virus-virus itu mati. So, ambil masa seminggu dua la jugak.
4 comments:
baguslah dah sihat, selamat bertugas kembali ye dokt.
berapa lama MC? mesti malas nak keja balik kan..:P
MC 7 hari jek. Mulanya igt rasa malas nak koje, tp rasa bersemangat lak sebab bosan la duk rumah je tak tahu wat pe. Lagi baik buat keje.
nice info...
Post a Comment