31 December 2010

MLM datang lagi.. kali ini HAI-O

Assalamualaikum..

Pernah tak anda didatangi ejen2 MLM yang mempromosikan produk/plan pemasaran MLM mereka? Ya, tentu pernah jika anda bergaji tetap/kakitangan kerajaan.

Saya pun baru sahaja didatangi ejen MLM yang mempromosikan HAI-O. Yang peliknya, diorang ni sanggup datang jauh-jauh nak jumpa kita sekali pun kita tak seberapa minat nak dengar. Bab buat duit tu, saya minat. Tapi kebiasaannya, bab produk tu jarang sekali menarik perhatian aku.

Kali ini, saya rasa lain sikit. Mungkin kerana pernah diperkenalkan dengan 3 jenis MLM yang lain, maka saya lebih mudah memahami plan pemasaran mereka.

Sejak akhir-akhir ini, bila hutang sudah mulai menimbun, saya mula risau dengan kedudukan kewangan saya. Saya mula mencari-cari sumber pendapatan lain untuk menampung kos hutang. Bukanlah tak cukup dengan duit makan gaji, tapi bila saya berfikir untuk jangka masa panjang, saya pasti dalam kesusahan nanti.
Anak dah nak masuk 2. Memanglah setiap anak yang lahir, Allah dah tetapkan rezeki mereka masing-masing. Tapi, Allah juga mahu kita berusaha untuk mencari rezeki itu. Salah jugak kalo hanya bergantung pada takdir semata-mata tanpa berusaha, kan? Jadi, risau jugak saya mengenangkan duit gaji yang cukup-cukup makan je ni.

Kereta pun dah berumur 7 tahun. Memanglah masih elok lagi, tapi berapa lama lagi kereta tu boleh bertahan. Maintenance pun dah makin meningkat. Ganti tayar satu pun dah RM60. Lambat-laun, kena ganti jugak kereta baru. Aduh..!

Rumah belum ada lagi. Berapa lama aku nak menyewa je. Makin lama, harga rumah makin mahal. Sama je macam emas. Nak beli seutas rantai pun kena berfikir panjang, mengenangkan harganya.

Dah 3 tahun kerja, bersamaan dah 3 tahun bekerluarga ni.. aku rasa semakin tak cukup gaji yang aku terima bulan-bulan.

Sebab itulah, aku dah mula terbuka minda untuk menerima sikit-sikit tentang apa jua cara yang halal dalam menjana pendapatan sampingan. Dengan kemampuan kewangan yang semakin sempit, aku perlu berhati-hati dan meneliti sehabis mungkin setiap peluang yang muncul di depan mata..

HAI-O.. you've got my attention, now.

Do you believe in MLM? Give me your feedback, Thank you.

29 December 2010

Menyambut kelahiran kembar.. Kembar kedua meninggal..

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam, aku sekali lagi onkol. Bermula sahaja jam 8 pagi, hp aku dah berdering. Panggilan kecemasan datang daripada Labour Room.

"Aduh, baru je hantar anak ke rumah pengasuh, belum sampai hospital lagi dah ada kes kecemasan. Ya Allah, tolonglah aku.." Getus aku sendirian ketika memecut kereta menuju perkarangan Hospital Tanjung Karang.

Tanpa mempedulikan orang di sekeliling, aku terus berlari ke Labour Room. Dalam fikiran aku, aku tau kes-kes kecemasan O&G memang betul2 KECEMASAN. 
Nobody should died from normal delivery, that's what our O&G mortality teams always hope for. And their hopes are put onto us, hospital, with their very watchful eyes..
Rupa-rupanya ibu yang mengandung anak kembar dua, sedang sarat dah nak bersalin. Pintu rahim (os) dah 8 cm. Baru 35 minggu. Contraction dah strong. CTG nampak reactive. Kembar berkongsi uri tapi sarung kantung masing-masing (monochorionic, diamniotic).

Hm.. nak hantar hospital pakar, perjalanan ambik masa 1 jam. Ish, jauh sangat. Biarlah bersalin kat sini je. Sambil2 tu, aku turut panggil rakan2 doktor yang lain untuk membantu (dan, sebagai back-up kalau apa2 terjadi, aku boleh jawab yang aku dah berusaha mendapatkan pertolongan. Kena tahu gak cara-cara nak protect ourself from lawsuit.)

So, dengan beraninya, kami buat keputusan untuk sambut kelahiran bayi kembar itu..

Kembar pertama dalam kedudukan cephalic presentation (kepala di bawah). Head dah engaged (kepala dah masuk ruang pintu keluar). Teran punya teran, akhirnya keluar juga kembar pertama seberat 2.65kg dengan selamat. Apgar score 9 in 1 min. Very vigorous.

Alhamdulillah.. Kembar pertama dah selesai. Kini, menanti kembar kedua. Kedudukan bukan cephalic. Tapi macam breech. Ish, kami sedikit bertelagah dalam menentukan kedudukannya. Mesin scan yang dah berusia lebih 20 tahun tu tak membantu langsung. Kabur je gambar dia. Tensennya..

Bila seluk dari bawah, terasa macam hujung kaki. Aku kata, footling presentation. Tapi, senior dapat rasa buttock. So, decide untuk consult O&G specialist. Dr Yus menjawab, dan menasihatkan agar sambut kelahiran breech tu. Tapi, minta hubungi lagi jika berlaku apa2.

Ok.. kami pun tnggu. Dengan penuh debaran.

Bila pesakit tu meneran semula, yang keluar adalah......... tangan!!! Seperti menghulur untuk bersalaman. Maka, kelam-kabut kami dibuatnya. Rupa2nya transverse lie! (kedudukan melintang).

Ambulans dipanggil untuk standby segera.
Dr Yus dihubungi kembali untuk rujukan segera. Diterima.
Pesakit terus dipindahkan ke stretcher ambulans,.. dengan tangan bayi tu masih terjulur di pintu rahim. Ngeri? Sememangnya mengerikan.

Dan.. aku jugak le yang kena accompany sebab aku yang onkol. Huhuhu. Apalah nasib badan ni. Sepanjang perjalanan, degupan jantung aku lebih kencang daripada pesakit. Kalau bayi tu tak  mahu tunggu, nak kuar jugak kat tengah2 jalan, terpaksala aku seorg diri sambut bayi tu tanpa bantuan rakan doktor lain. Huhu...

Bila pesakit tu, mengerang kesakitan sebab datang contraction (rahim mengeras), lagi la bertambah laju degupan jantung aku. Nasib baik takde sakit jantung.

Tapi.. selamat jugak kami sampai di Labour Room Hosp. Sg Buluh. Fuh.................... betapa leganya hati aku tak terkira. At least, the responsibility and the pounding heart, I can safely passed on to the specialist. Hehehe..

Bila balik, aku dimaklumkan yang kembar kedua itu tak dapat diselamatkan. Malah, sebenarnya didapati telah lama meninggal dunia. Dikhabarkan sebagai macerated still birth (kelahiran mayat bayi). Aku diberitahu jugak yang pembedahan LSCS tu tak jadi, sebaliknya bayi tu dilahirkan melalui vagina (laluan rahim) sahaja.

Adus.. sedihnya. Dah penat-penat hantar ke Sungai Buluh, rupa2nya dah meninggal. Apa nak buat, dah sampai ajalnya..

Inilah pengalaman kedua aku sambut kelahiran kembar.

Cukuplah..
Cukup-cukup dah tu..
Jantung aku dah tak tahan nak hadapi kes-kes ngeri macam ni..

Huhuuhuuu...

27 December 2010

Antara Wang dan Hidup..

Assalamualaikum w.b.t.

Ntah, sekali lagi aku kembali sangsi akan punca arah tujuan hidupku. Sekali pun, lidah aku menuturkan yang aku mahu hidup yang diredhai & dirahmati Allah, dan mencari rezeki yang halal. Serta melangsaikan semua hutang-piutang yang ada di keliling pinggang.. Tapi..

"Wah, dengan cara ni aku boleh kaut untung RM1000 sehari. Cara-cara dah diajar, cuma kena praktis je. Kalo dah mahir, boleh untung besar ni.."

Sesekali apabila peluang buat duit lalu di depan mata, aku jadi keliru akan diri sendiri. Adakah aku ikhlas atau rakus? Kekadang, bila terbayang sejumlah wang yang besar boleh diperolehi, aku hampir-hampir lalai daripada meneliti akan sumber dan hukum-hukum syariah yang terlibat.

Bila ada pihak mempertikaikan status halal akan sesuatu peluang buat duit ni, aku mula-mula jadi tergamam. Mau saja aku abaikan amaran itu, namun Allah masih sayangkan aku. Dicampakkan perasaan gelisah dan tak tenteram setiap kali aku cuba menghampiri perkara-perkara yang diragui statusnya itu.

Sebagai personaliti yang sensitif, aku tak boleh hidup dengan perasaan begini. Yang akhirnya, aku nekad untuk jauhkan diri aku daripadanya.. Aku masih kurang pasti. Tapi penilaian ustaz Zaharuddin yang sememangnya arif dalam hal kewangan islam pasti tidak boleh aku abaikan sebegitu. Aku masih keliru, tapi aku tak mahu teruskan..

Oh, nafsu.. kuatnya engkau mengheret aku ke punca-punca meragukan dan engkau mahu aku menyumbatkan harta yang tidak halal untuk disuapkan ke mulut anak isteriku.

Oh, iman.. teguhkanlah dirimu dalam hatiku agar aku tidak goyah lagi..

Hm... mesti korang tertanya-tanya apa peluang buat duit yang aku maksudkan ni?
Sebenarnya, beberapa minggu yg lepas, aku ada menghadiri seminar belajar main saham dan FCPO (Future Crude Palm Oil). Dalam seminar tu, aku telah diajarkan langkah-langkah berkesan untuk buat duit dengan main harga pasaran minyak kelapa sawit. Namun.. ia tidah mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai syariah-compliant.

Apa pendapat anda tentang FCPO?
Dan, apa tindakan yang sebetulnya aku ambil?

Terima kasih... :)

23 December 2010

Rupanya rahim kena buang juga..

Aduh.. Malas dah aku nak fikir. Sekali pun madu yang dihulur, bisa juga yang dibalas..



Kes post-partum haemorrhage yang aku hantar ke Hosp Pakar Kerajaan tu, rupa-rupanya terpaksa gak dipotong rahimnya. Hysterectomy la penyudah ceritanya. Aku turut bersimpati, memang terasa sangat kesian pada kakak tu..

Sebagai doktor, kita faham betapa pentingnya untuk menghentikan pendarahan sekali pun terpaksa membuang organ yang penting dalam hidup kita, kerana kita dah pernah lihat pesakit mati..
..kita dah pernah bertungkus lumus menekan dada pesakit agar jantungnya berdegup semula.. tapi gagal.
..kita dah pernah jolok kerongkong pesakit agar pernafasannya kembali.. tapi gagal.
..kita dah pernah mentalkinkan pesakit agar ucap 'Allah.. Allah' dengan harapan dapat mati dalam iman.. tapi gagal.
..kita dah pernah lihat pesakit nazak dan mati tanpa nyawa di depan mata kita..
..dan semuanya sudah kita alami banyak kali..
..ntah, dah berapa kali aku merasa 'down' dan sedih..
kita dah pernah merasai betapa berharganya nyawa itu sehingga tidak penting lagi kaki, tangan, atau juga.. rahim.. terpaksa dikorbankan, jika nyawa yang dipertaruhkan. Bagi kita, nyawa lebih berharga daripada rahim itu..

Tanpa rahim, dia tak dapat lagi mengandung.. maka, tak ada lagi anak kandung baru.. memang sedih, tapi tanpa nyawa, dia sudah tiada lagi untuk dapat apa2 daripada dunia ini..

Namun, bagi kebanyakan orang awam, tidak dapat memahami kenapa kita sanggup korbankan organ tubuh mereka yang penting kerana nyawa..
Bagi mereka, apa lah ertinya nyawa jika tiada keturunan..
Apa lah ertinya hidup jika hanya ada anak satu..

Tapi bagi kita, apalah ertinya rahim itu.. jika ia 'selamat' dalam badan yang sudah tak bernyawa..
Apakah tanpa nyawa, rahim itu dapat memberikan lagi anak?
Apakah tanpa nyawa, anak sorang tu dapat hidup membesar bersamamu?

Namun, tak semua orang boleh terima hakikat kenyataan hidup yang pahit sebegini.. Bila tak boleh terima, maka naturally people will start pointing whose fault is this? Who should be blame?

Orang yg tak boleh terima hakikat, akan menyalahkan orang lain. Maka, sekalipun bertungkus-lumus aku cuba selamatkan nyawa dia pada ketika itu, dan aku telah pun jelaskan kepadanya sejelas-jelasnya keadaannya, malah 3 orang doktor hadir memberikan rawatan terbaik kepada hanya dia seorang, tapi dia lupa jua..

Yg diingatnya adalah rahimnya dah tiada.. dan dia adalah mangsa, maka mangsa tak boleh dipersalahkan..

Dan.. yang dipersalahkannya adalah orang yang bertungkus-lumus selamatkan nyawanya...
Iaitu aku..

Sebenarnya aku lebih kesian kepadanya daripada marah. Sekalipun tindakannya seperti kacang lupakan kulit, tapi aku tahu dia yang menanggung derita.. Sepatutnya dia berterima kasih kepada aku kerana tolong selamatkan nyawanya yang sudah di ambang maut, tapi sebaliknya dia mahu tujukan punca malapetaka dia kehilangan rahimnya adalah disebabkan aku..

Tapi aku tidak marah pun.. sebab aku tahu aku tak buat silap. Kerana jika aku silap, maka silap jugak ke 2 lagi orang doktor yang super-super senior tu? Silap jugak ke guideline dan tunjuk-ajar yang diberikan oleh pakar-pakar O&G yang mengajar aku dulu tu?

Apakan daya aku.. aku dah tolong, rupa2nya pertolongan yg kita beri tidak pula dihargai..

Aku cuma manusia biasa..
Aku tetap kesian kepadanya atas naluri kemanusiaan, tapi aku serahkan kepada Allah akan balasan atas pertolongan aku itu..

18 December 2010

Penatnya badan..

Kadang2, tak onkol pun badan boleh penat.
Fuhhh...

Hari khamis, saya onkol. Jaga Kecemasan. Tapi alhamdulillah, tak banyak kes. Dapatlah tidur dari pukul 1 - 4 pagi. Okla tu..

Hari Jumaat, post-call. Masih jaga Kecemasan lagi. Mula2 agak tenang. Tapi dalam pukul 11, ada plak kes dari Kuala Selangor. Kes ni memang Red Alert!

Seorang ibu, baru lepas lahirkan anak pertama, day 12, mengadu ada tumpah darah sejak malam tadi. Namun, disangkanya normal. "Saya ingatkan itu perkara biasa.." katanya. Tapi, bila kepala dah mula pening2, dan darah tak berhenti-henti keluar, ambulans dipanggil. Staffnurse yang datang tengok, tergamam.. terus dipanggil doktor sana. Doktor pun datang, dan terus dihantar kes tu ke Kecemasan Hosp Tg Karang.

Memang dahsyat. Muka dah pucat giler. Tapi GCS masih full. Symptoms ada pening-pening nak pitam katanya. Perut pun rasa sakit sikit. Bila ditanya, lahir secara pembedahan (LSCS) atas permintaan di salah sebuah hospital swasta di Klang.

Bila check vital sign... BP 80/50, HR 125, SpO2 100%.

Shock!!! PPH!!

Terus aku menjerit. Panggil semua staff yang ada, untuk tolong bantu. Sorang set line. Sorang ambik darah untuk GXM. Sorang panggil MO Senior. Sorang lagi masukkan drip Gelafundin, run fast. Semua aku kerah.. Aku cuma duk terkedu menghadapi kes yang pertama seumpama ini dalam posting aku di hospital district.

Memang mencabar..

Akhirnya, BP berjaya dinaikkan kepada 100/60. Setelah inform specialist O&G, kes dihantar dengan blood transfusion is still running. Aku juga yang accompany dia. Sesampai je di Labour Room, specialist yang jaga Labour Room dah standby. Bila diperiksa, darah membuak-buak keluar dari pintu rahim. Counsel for KIV hysterectomy. Patient agreed. Tanpa buang masa, pesakit dihantar terus ke dewan bedah. Aku cuma lihat troli dia ditolak laju ke dewan bedah, sambil berdoa agar dia selamat dan rahimnya tak perlu dibuang.

Kesian.. mengenangkan baru dapat anak sorang. Kalo rahim dibuang, maknanya putuslah zuriat daripada dirinya...

Balik rumah, dah kepenatan. Ambik anak perempuan kat rumah pengasuh, cergas bukan main. Seronok betul dia bila tengok ayahnya dah sampai. Bila lihat anak sendiri, terasa ringan kekusutan dan serabut dalam kepala. Masya-Allah..

Dalam hati, aku turut bersimpati dengan pesakit tadi. Diam-diam aku doakan semoga dia selamat agar dapat membesarkan anak kandungnya seorang itu..

Lain betul rasanya bila dah jadi bapa ni. Tanggungjawab keluarga memang berat, tapi dengan kemesraan isteri dan keriangan telatah si kecil, kekadang aku bersyukur dah kahwin..

Alhamdulillah..

13 December 2010

Akaun Emas? Emas Fizikal? Dinar?

Kadang2 kita confuse dengan pelbagai bentuk pelaburan emas yg ada di Malaysia. Tentu anda pernah dengar GSPA (Gold Saving Passbook Account), emas bar, emas jongkong, dan yang terbaru emas dinar.. Tetapi ada sesuatu yg anda perlu faham..

Melabur dalam emas ada 2 jenis..

Emas Fizikal
  • Di sini, anda perlu beli emas fizikal dari kedai/Public Gold/Kelantan Golden Trade. Setelah dapat produk, anda simpan. Pelaburan jenis ini sesuai untuk jangka masa sederhana dan panjang, kerana sejarah dah membuktikan emas fizikal tak lut dengan inflasi. Jika inflasi naik, nilai emas pun naik. Jadi, keupayaan kuasa beli (purchasing power) anda dengan emas tidak terjejas oleh inflasi. 
  • Contohnya, jika anda ada 1 dinar emas pada tahun 2000, di mana anda boleh membeli seekor kambing pada tahun itu, dengan 1 dinar itu juga anda boleh membeli seekor kambing pada hari ini (Harga kambing = RM650, berbeza sedikit ikut kawasan).
  • Kelebihan : 
    • Memiliki emas secara fizikal (nyata). Jadi, tiada isu penipuan atau skim apa2. Dah bayar, dan betul2 dapat emas. Contohnya, Dinar Public Gold.
    • Boleh digunakan untuk dapatkan pinjaman sehingga 70% daripada nilai emas semasa yg dimiliki itu, melalui konsep Ar-Rahnu. So, kalo tetiba perlukan duit segera, boleh pajakkan emas tu. Bila duit dah cukup, bayar balik pinjaman tu dan dapat semula emas kita. 
    • Boleh jual semula di mana2 kedai emas/dealer Public Gold.
  • Keburukan :
    • Risiko kecurian & keselamatan. So, kena pandai2 la simpan.
    • Boleh tercalar/bengkok/kotor. Namun, Public Gold menawarkan belian semula emas mereka tanpa caj tambahan sekalipun tercalar/bengkok.
    • Ketulenan. Kadang2 ada penjual emas yg menipu dgn menyadurkan emas pada logam lain. Jadi, kena semak ketulenan di mana2 kedai emas/ar-rahnu/bank. Public Gold sudah sertakan sijil ketulenan bagi setiap produk emasnya. Saya sendiri pun dah semak dgn AgroBank, memang sah tulen!
    • Stok sukar didapati. Ya, memang emas sukar didapati. Sebab itu ia sangat bernilai.

Emas Bukan Fizikal (Akaun Emas)
  • Emas ini dibeli secara kepercayaan kita kepada pihak yg dilaburkan bahawa kita memiliki sejumlah emas tertentu mengikut bayaran kita. Tapi, kita tidak mengambilnya. Sebaliknya, kita memberikan kepercayaan kepada pihak itu untuk menyimpan/memegang emas kita. 
  • Contohnya..
    • Public Bank : Gold Investment Account (GIA).
    • Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA).
  • Pelaburan ini sesuai untuk jangka masa pendek, kerana cepat untuk melakukan transaksi jual beli. Biasanya, pelabur gunakan kaedah beli emas ketika harga turun, dan jual semula ketika harga melambung naik. Buy low, sell high. Tapi, kena pandai baca analisis pasaran emas.
  • Kelebihan :
    • Tiada risiko kecurian.
    • Tak perlu semak tulen ke tak. Bank tu yang jamin.
    • Pilihan alternatif untuk simpan wang di bank, sambil menikmati keuntungan kenaikan harga emas.
    • Kos permulaan yang rendah, serendah 1g emas.
  • Keburukan :
    • Emas itu tidak dijamin sekiranya berlaku kebakaran/bankrap/kemelesetan ekonomi. 
    • Bukan pemilikan sepenuhnya. Jika tiba2 bank membekukan akaun kita @ menghentikan tindakan pengeluaran emas fizikal berdasarkan nilai simpanan kita, maka kita tak dapat emasnya. Contohnya, Public Bank yang sebelum ini membenarkan pelanggan membuat pengeluaran emas fizikal, telah menghentikan servis itu. So, it can happen.
    • Jika boleh keluarkan, ada caj tambahan yang dikenakan. 
Kalo ikutkan, ada byk lagi cara untuk melabur dengan emas. Tapi cukuplah yg dua ni dulu. Lagi pun, hanya kedua2 ni je yang biasa & mudah kita jumpa. Kan?

So, buatlah pilihan yg tepat. Ada soalan, boleh tanya.

DrSatrian
Authorized Public Gold Dealer
0126526052
thezikr_gold@yahoo.com
Tg Karang, Selangor

12 December 2010

Emas.. Portfolio Pelaburan Terbaik

Assalamualaikum w.b.t.

Maafla, citer pasal emas lak. Tapi just nak share apa yg saya belajar. Memang teruja gak bila dah tahu rahsia pelaburan emas ni sebenarnya. Kata sifu Azizi Ali, nak melabur apa2 pun, kena belajar pelaburan tu dulu.

Saya dapati emas merupakan portfolio pelaburan yang terbaik. Mengapa?
Tengok pada carta2 di bawah & buatlah penilaian anda sendiri. ;-)
Harga emas pada 1 ounce.

1 ounce = 28.3495231 grams

Kiraan USD1 = RM3.20 (untuk mudah buat perbandingan).

Mula-mula, tengok harga emas dalam tahun ni.. 2010.

 Bermula pada USD1125 (RM3600), ia berakhir dengan USD1385 (RM4432). Kenaikan sebanyak RM832, iaitu 23.1% dividen setahun! 

Wah! banyak tu.. tapi tahun ni je ke untungnya? Apa trend sebelum ni?
Mari kita tengok carta harga emas untuk 10 tahun..

Dari USD300 (RM960) pada Jan 2000, harga emas telah meningkat kepada USD1385 (RM4432) sekarang. Kenaikan sebanyak RM3472, iaitu 361.6% dalam 10 tahun. Purata setahun kenaikan 36%!
Ada tak pelaburan lain yang memberikan dividen setinggi ini? 

Jika kita ada beli emas sebanyak RM10,000 pada tahun 2000, kita dah ada emas bernilai RM36,166!
Untung RM26,166!

Bagaimana dengan trend emas sebelum tahun 2000? Nak tahu?
Jom tengok..

Nampaknya, ada sesuatu yg berlaku pada 10 tahun kebelakangan ini sehingga harga emas naik mencanak-canak. Ish! Ekonomi ni ada benda misteri gak. Nantikan jawapannya..


 
DrSatrian
Authorised Public Gold Dealer
Tg Karang, Selangor




11 December 2010

Dealer Promotion - ended by 31st Disember 2010

Semalam, saya pergi seminar 'New Dealer Orientation' yg dibuat oleh Public Gold di Bandar Sunway. Oleh kerana saya telah menjadi dealer, maka saya kena ambik peluang untuk hadiri seminar yg tak sampai 3jam ni tentang tatacara jadi ejen Public Gold. 
Apa yg menariknya, mereka kata sesiapa yg menjadi dealer sebelum 31st disember 2010 adalah bertuah dan akan terus upgrade kepada Priority Dealer bermula Januari tahun depan. Sesiapa yg menjadi dealer selepas 31st disember 2010, hanya layak menjadi Dealer. 

Apa beza Dealer dgn Priority Dealer?

Berikut adalah ranking sebagai dealer Public Gold :
1. Master Dealer
2. Priority Dealer
3. Normal Dealer

Dealer akan tetap menikmati komisyen untuk setiap penjualannya, tapi pada 1% sahaja. Maknanya, macam dapat diskaun 1% la bila beli emas/perak daripada Public Gold. Tapi, tak boleh accumulate jualan untuk upgrade jadi Priority Dealer. 

Kalo Priority Dealer, komisyen 1.5% diberikan. Malah, jika berlaku jualan oleh Dealer yg dinaunginya, dia akan menikmati 0.5%. Dan, dia bole accumulate jualan untuk upgrade jadi Master Dealer.

Master Dealer memperolehi komisyen terbanyak, iaitu 2%. Dan, turut menikmati komisyen 0.5% daripada Priority Dealer di bawah naungannya. Dan, 1% jika ada Dealer di bawahnya.

Sebenarnya, apa yg penting bagi aku adalah melabur emas itu sendiri. Kerana sekarang harga emas mencanak-canak naik. Hohohoo. Tapi, sambil menyelam minum air le. Beli emas untuk diri sendiri, dapat lak komisyen. Syoknye..

Oh.. di bawah ni surat Bank Negara Malaysia pasal Public Gold ni.


DrSatrian
"Hidup Mesti Berjuang"
Tg Karang, Selangor

10 December 2010

Fikir Macam2..

Argh.. macam2 yg bermain di fikiran ni. Kekadang jadi lost sorg2. Hanyut dalam angan2 je.

Emas.. 
Harga naik la plak. Dulu beli dalam RM40k, sekarang nilai emas aku dah mencecah RM47k. Padahal, baru je beli masa Oktober baru2 ni. Ada la dalam 2 bulan kot. Tak sangka dapat untung RM7k dalam 2 bulan je.
Sebenarnya lepas beli dan jadi dealer pada bulan November tu, aku stop jap. Simpan je emas tu. Sebab kebelakangan ni sibuk dgn urusan perpindahan ke tempat kerja baru.
Bila semak balik harga emas hari ni, Fuhhh.. dah naik rupanya. Yg lagi buat kepala aku serabut, pasaran kata harga emas akan naik lagi tinggi tahun depan. Aduh.. gembira sebab nilai simpanan emas aku makin naik, tapi sedih sebab takde duit nak beli lagi.. huhuhu..

Jana Pendapatan Melalui Internet..
Korang percaya tak yang kita boleh buat duit melalui internet? Mungkin ada yg sangsi, tapi saya yakin 100% yg kita boleh menjana pendapatan sampingan melalui internet. Ya, saya memang ada meletakkan matlamat nak dapat RM100 melalui internet sebagai permulaan.
Tapi, internet.. sebagai mana yg kita sedia maklum, menyediakan bermacam-macam cara untuk buat duit (yg saya maksudkan, cara yg betul & selamat). Setelah sebulan mencari-cari, akhirnya saya dah conclude kepada 1 kenyataan..
Kita kena tahu membuat dan menguruskan laman web untuk jana duit melalui internet.. antaranya, kena tau domain, web hosting, minisite, payment gateway, autoresponder, dll. Banyak jugak nak kena tau. Ni yg pening kepala ni.. Tapi, ada gak terjumpa web yg kata tak perlu belajar semua ni untuk dapat duit. Huhuhu..
Tapi.. I will never give up!

Cari pengasuh..
Alhamdulillah, yg ni dah jumpa. Akhirnya ada jugak pengasuh yg sudi menjaga anak saya sekalipun kami oncall. Syukur..

Macam2 nak kena fikir bila dah kahwin ni. Dulu masa bujang, tak terfikir pun bende2 ni. Apa pun, semua ni adalah untuk mematangkan kita. Ye tak?


DrSatrian
"Hidup Untuk Berjuang"
Tg Karang, Selangor

07 December 2010

Pakar potong, aku jahit balik.. Berkhatan.

Assalamualaikum.
Dah lama tak update info. Maafla ye, sebab sekarang ni kepala tengah serabut fikir pasal kewangan. Huhuhu..

Minggu lepas, saya berpeluang mengikuti program berkhatan anjuran masyarakat setempat di Teluk Intan. Alhamdulillah, pada hari itu juga turut serta seorang doktor pembedahan yang didatangkan khas daripada Hospital Taiping.

Pengalaman yg menarik, kerana dah lama tak 'sunat' budak2. Dapat peluang plak tu dengan buat under close supervision. Tapi, saya cuma dibenarkan menjahit je masa tu sebab nak kejar masa.

Jahit pun jahit la, asalkan dapatla jugak pengalaman. Hehe.

Apa yg saya kagum, doktor ni pakai battery-operated cautery! Dan, yang mengagumkan adalah kesemua potongannya tidak berdarah langsung. Memang hebat la doktor ni. Saya respek giler.


So, lepas ni. Saya boleh la terima undangan mengkhatankan budak2.

From,
DrSatrian
Tanjung Karang, Selangor

02 December 2010

Ular Tedung dalam Rumah Aku!!


Betul wei! Aku tak tipu.. Memang kitorang jumpa ular tedung dalam rumah aku. Ngeri giler...


8.10pm : Adik ipar aku masuk kat bilik belakang nak ambik bantal. Tetiba terkejut nampak ada ular hitam sebesar pergelangan tangan kat dalam bilik tu.

Dia yg ketakutan, terus call hp wife aku. Tapi malangnya, wife aku tak jawab hp dia sebab tengah memandu. Mula2 dia rasa takut, tapi jadi kurang yakin dgn apa yg dia nampak. "Betul ke aku nampak ular tadi?". So, dia pun tunggu la kami balik.

9.35pm : Kami sampai di rumah. Dia pun terus bagitau ada ular dalam bilik tu. Aku tak seberapa dengar masa tu, so masuk rumah macam biasa je.

9.37pm : Adik ipar aku sekali lagi masuk bilik, tak pasti ada ular ke tak. Tiba2.. "Ular!! Ular!!" Terus dia lari sambil menjerit ke arah wife aku. Aku pun terkezut! Biar betul, ada plak ular nak datang bertamu kat rumah aku ni. Aku pun pergi selidik sendiri. Aku masuk bilik tu (lampu memang dah pasang). Dalam hati, aku masih ragu2. Ular ke jin yg adik aku nampak ni. Selak sikit je bantal, dah nampak badan ular tu melingkar. Tapi kepala tak nampak, so aku tak tau ular apa yg aku jumpa ni.

Wooooooo... Bukan takut, tapi tergamam. Camne la boleh ular ni masuk dalam bilik ni, padahal tingkap tak pernah dibuka. Ntah kenapa, aku tak rasa takut pun pada ular tu. Aku siap cakap kat ular tu, "Hai ular, kalo ko JIN, aku minta ko keluar dengan aman. Kalo ko tak kuar, aku panggil bomba nanti." (Ntahla camne, tapi aku boleh terfikir lak yg kerja tangkap ular ni kerja Bomba. Hahaha. Mesti orang Bomba marah aku.)

Tapi, ular tu buat bodo je. So, aku buat kesimpulan samada ular ni memang ular betul, atau jin ni pekak.
Aku ambil penyapu nak halau ular tu, tapi bila aku nak sentuh badan dia je, dia keluarkan bunyi "Hisss! Hiss!". Ish! Memang ular betul la ni.

9.40pm : Aku pun buat panggilan 999. "Saya nak laporkan ada ular dalam rumah saya!". Tak lama tu, panggilan aku disambung ke bahagian Perhilitan. Maklumat kejadian diberitahu. Operator tu pesan kat aku, "Encik duduk jauh-jauh dari ular tu. Jangan dekat atau kacau dia. Pastikan ular tu tak lari."
Aku gelak sendiri je, camne aku nak suruh ular tu duk diam2 jangan lari. Hohoho.

10.05pm : Sebuah landrover sampai di perkarangan rumah aku. Dua orang pegawai Perhilitan masuk dalam rumah aku dengan memegang alat menangkap ular setiap seorang. 5 minit berlalu, akhirnya ular tu berjaya ditangkap.

Bila ditunjukkan ular yg kami jumpa tu, rupa2nya ular TEDUNG! Memang ada kepak kat leher dia macam ular tedung. Panjang dalam 1 meter gak. Panjang giler wei..
Bila aku tau yg aku borak2 tadi tu ular tedung, baru aku rasa seram sejuk. Kalo aku tau dari tadi, takde nyer aku nak usik2 ular tu. Hoho.
  
Macam ni la gak rupa ular tu. Seram tak?
Tapi, yg penting, semua orang selamat. Alhamdulillah..
Terima kasih kepada pasukan Perhilitan, dan tak lupa juga operator kecemasan 999.