12 September 2012

Tujuan Hidup

Assalamualaikum w.b.t.

Ramai orang tercari-cari erti kehidupan. Kenapa aku mesti berusaha? Kenapa aku mahu mengejar kekayaan? Apa yang sebenarnya yang aku cari? Kenapa aku lahir ke dunia ini? Apakah sebenarnya tujuan aku hidup ini?

Persoalan-persoalan ini tidak mudah dijawab. Dan pada zaman ini terutamanya, kelihatan begitu ramai insan yang terpedaya dan tertipu akan tujuan hidup mereka. Ada yang beranggapan menjadi kaya itulah tujuan hidup ini, tetapi begitu ramai sekali mereka yang sudah kaya kecundang dan hidupnya jelik dan menyeksakan. Ada yang beranggapan hidup senang itulah tujuan hidup, tetapi begitu ramai kita lihat manusia yang terjerat dengan dadah & jenayah gara-gara mengejar kesenangan dan keseronokan hidup.

Jadi, persoalan sebegini tidak terlepas daripada perhatianku. Aku juga pernah bertanya-tanya apakah tujuan hidupku.. untuk apa aku bersusah payah mencari rezeki dan menunaikan tanggungjawabku? Apa yang sebenarnya aku mahu? Apa sebenarnya tujuan hidupku?

Ramai golongan ateis yang menganggap bahawa persoalan-persoalan ini hanya diada-adakan oleh golongan yang beriman kepada Tuhan. Ini supaya membolehkan takrifan perlunya berTuhan itu ada asasnya dan ketiadaan Tuhan (sepertimana yang diwar-warkan oleh golongan ateis ini) itu tidak benar.

Sebenarnya bukanlah kerana setiap kali aku masuk kerja, bos akan tanya pada aku setiap pagi "Apa tujuan hidup kamu hari ni?". "Kenapa kau bersusah payah datang kerja hari ni?"

Tidak. Tidak ada sesiapa yang bertanyakan soalan ini kepadaku.

Tetapi soalan ini lahir dari hati nuraniku. Soalan ini datangnya dari dalam hatiku sendiri. Ia bertanyakan kepadaku kenapa aku lakukan semua perkerjaan yang sedang aku lakukan. Apabila aku tidak mampu menjawabnya, aku jadi lemah. Aku tidak ada perdirian. Hatiku sendiri meragui keikhlasan kerjaku. Hatiku sendiri yang berbalah akan kesungguhan pekerjaanku.

Apabila aku jawab, 'Kerana duit. Aku nak kaya raya agar hidup senang lenang'. Tetapi hatiku membantah apabila diperlihatkan kepadaku bagaimana orang kaya yang masih juga sengsara, tidak senang hidupnya. Dan aku akui kebenarannya bahawa kekayaan itu tidak menjamin kebahagiaan.

Apabila aku jawab, 'Kerana anak-anak & isteriku. Aku ingin mencari rezeki untuk mereka.' Hatiku masih membantah, kerana betapa ramai bapa-bapa yang siang malam bekerja tanpa henti tetapi anak-anak pula menderhaka dan menconteng arang ke muka mereka dengan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti mendedahkan aurat, berzina, dan merempit di jalanraya sehingga mengganggu keselamatan pengguna jalanraya yang lain. Hatiku juga berkata betapa ramai isteri-isteri yang dipercayai oleh suami telah berlaku derhaka dan ada juga yang sanggup mencurangi suami mereka dengan lelaki lain.

Aku gerun mendengarnya.. terasa sia-sia perkerjaanku selama ini.

Kalau begitu... "Apakah tujuan aku bekerja selama ini?? Apakah tujuan hidupku??"

Dan Allah S.W.T. telah menjawab pertanyaan hatiku ini, seperti yang termaktub dalam Al-Quran surah Az-Zariyat ayat 56 :

Mafhumnya : "Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada-Ku"

Hidup ini untuk Allah. Bangun pagi kerana untuk berbakti kepada Allah. Pergi kerja untuk teruskan ibadah kepada Allah, sekalipun kerjaku membantu merawat kesakitan orang lain tetapi merawat itu kerana Allah. Kerana Allah menyukai perkerjaan membantu orang lain, maka aku bekerja untuk disukai Allah. Jika pesakit memaki hamun aku, memarahi aku malah menyaman aku, tetapi aku tidak perlu kecewa kerana aku bekerja bukan untuk mereka tetapi untuk Allah.

Apabila aku mengumpul duit dan mencari kekayaan, aku kumpul kerana Allah. Aku kumpul dari sumber-sumber yang diredhai-Nya, bukan dari rasuah, penipuan atau jenayah. Apabila aku kaya, mungkin sahaja ramai orang yang memusuhiku kerana dengki akan kemewahanku, tetapi aku tidak perlu gusar sekiranya aku kehilangan kekayaan kerana aku kumpul duit bukan kerana duit, tetapi kerana Allah. Sekiranya aku jatuh miskin, aku tetap redha dan akan aku teruskan penghidupan kerana Allah tidak memilih. Sesiapa yang berusaha mendapatkan keredhaan-Nya, pasti Dia akan menghargai insan itu samada dia orang kaya mahu pun miskin. Kerana Dia telah janjikan syurga buat sesiapa yang mencari dan mengharapkan redha-Nya.

Masya-Allah..

Dan sesungguhnya, inilah jawapan yang memberikan ketenangan kepada hatiku. Ia berpuas-hati dengan jawapan ini, seolah-olah inilah jawapan yang sedang dicari-carinya. Inilah tujuan hidup aku. Mudah-mudahan aku tetap istiqamah dan ikhlas dalam melaksanakan tujuan hidup ini, dan mudah-mudahan syaitan tidak berupaya menggugat dan memesongkan aku daripada ketenangan ini.

*Hm.. aku pasti, hati nurani orang-orang yang tidak mempercayai Tuhan pasti sedang merana dan kesedihan kerana tuan empunya badan tidak mahu mengakui bahawa dirinya itu perlukan tujuan hidup. Kesiannya mereka.. hidup kosong, tidak ada hala tujuan yang betul kecuali sangkaan dan tipuan semata-mata.

06 August 2012

Saya tonton perlawanan badminton Datuk Lee Chong Wei

Assalamualaikum.

Perlawanan sengit badminton antara Datuk Lee Chong Wei (Malaysia) & Lin Dan (China) di London memang best.

Pada mulanya, saya menghadiri program Majlis Berbuka Puasa Bersama Dr Shah Razali di pejabat Scon Puchong. Selepas berbuka puasa & solat magrib, rupa-rupanya perlawanan badminton Final antara Malaysia & China tengah berlangung dalam set pertama.

Huh! Apa lagi, beramai-ramai la kami tonton perlawanan badminton yg julung-julung kali diadakan tu sehingga habis. Menonton tayangan bersama kawan-kawan memang meriah. Keterujaan yang tak sebanding ketika menonton sorang-sorang.

Hm..

Sebenarnya dah lama saya tak menulis.
Banyak perkara yang berlaku. Ada yang baik, dan ada yang kurang menyenangkan. Biasala kan. Rencah kehidupan.

Masa depan.. Allah, aku tak tahu la. Hanya Allah je yang tau ke mana masa depan ku. Mudah sgt hati ni nak mengalah je, tapi otakku sedar bahawa mengalah hanya memburukkan keadaan. Sebelum ni pun, banyak perkara yg aku mengalah. Dan banyak jugak perkara yang bukan2 aku lakukan. Mengarut dan membuang masa.

Saya tak perfect. Saya insan yg lemah. Bawa kereta Kancil je, walau pun orang kata gaji saya besar, tapi hakikatnya kewangan saya sebesar itu sahaja. Banyak hutang keliling pinggang disebabkan kejahilan menguruskan kewangan.

Tapi.. ada satu perkara. Saya sangat bersyukur.. sekarang saya tak tertekan berlebih-lebihan. Saya bole bekerja dan tidak menjadi depress. Saya suka dengan kerja saya sekarang.

Cumanya saya masih belum menemui passion dalam hidup. Saya tak tau di mana passion saya. Tapi saya akan cuba mencari. Jika sempat, Kau pertemukanlah ya Allah. Jika tak sempat, Kau ampunkanlah diriku yang penuh kehinaan & dosa.

12 June 2012

Masya-Allah.. kesan solat dhuha.

Assalamualaikum w.b.t.

Setelah diberikan hidayah untuk melaksanakan solat sunat Dhuha, saya cuba untuk melakukannya walau pun getir melawan nafsu malas dan nafsu jahat. Sungguh saya tak pasti sejauh mana saya boleh istiqamah melaksanakan solat sunat Dhuha ni, tapi ya Allah, permudahkanlah amalan soleh untuk daku lakukan.


Saya nak kongsikan apa yang saya rasakan setelah saya laksanakan solat sunat Dhuha dalam beberapa hari ni. :)

04 June 2012

Solat Dhuha & Baca Yasin

Assalamualaikum.

Kalo dalam TV9, ada rancangan "Pesan Atuuuk". Maka, aku juga ada pesan dari ayah mertuaku.

1. Buatlah solat sunat Dhuha.
2. Baca Yasin setiap hari, sekiranya mampu.

:)

02 April 2012

Aku Mahu Pilih Allah

Assalamualaikum.

Aku dulu pernah sekolah berpendidikan agama, dan kuat menekankan baiah solehah dalam kehidupan asrama. Malah ibubapaku juga kuat menekankan kehidupan beragama dalam rumah. Oleh itu, corak yang terbentuk dalam diri aku adalah bercorak indahnya bersama Tuhan.

Sekali pun aku bukanlah insan terbaik, dan selalu juga melakukan kesalahan dan dosa, tetapi hati aku tetap tersentuh dengan kalimah-kalimah Tuhan. Aku masih merindui ketika aku meletakkan sepenuh pengharapan kepadaNya. Itulah hakikat kejadian manusia, iaitu sentiasa mengharapkan kepada Tuhannya. Kerana pada ketika itu, kita akan merasakan suatu ketenangan dan kedamaian yang tak terucap dek kata. Tidak dapat ditandingi dengan pangkat, harta, wang, mahu pun kuasa. Sehinggakan kita merasakan semua perkara yang lain tidak diperlukan lagi kecuali mengharapkan redhaNya.

Hm.. hidup ini penuh rintangan. Aku kini diuji dengan ujian kebendaan. Aku kini berdepan dengan golongan berada dan kaya. Mereka pakai kereta Mercedes, aku pakai kereta cikai-cikai aje. Mereka berpakaian penuh gaya dan harum, aku pula berpakaian biasa-biasa aja. Baju pun baju lama sejak mula kerja lagi. Mereka membuatkan aku tergamam dan kagum, namun hati aku tak mahu. Hati aku rasa serba salah untuk mengikuti gaya hidup seperti itu. Secara logiknya, aku perlukan juga kekayaan untuk menyara diri dan keluarga aku. Secara logiknya juga, status aku perlu berkereta mewah juga berpakaian mewah.

Tapi hati aku tak tenteram..

Akhirnya, alunan ayat-ayat Allah yang dapat menenangkan hati ini. Inilah yang aku mahukan, tanpa hati aku ragu-ragu lagi.

Aku mahu pilih Allah dalam kembara aku di dunia bisnes ini.

19 March 2012

A Must Read!

Assalamualaikum.

Malam ni aku sedang buat lokum. Tadi ramai gak pesakit, sekarang sudah kurang. Di kawasan ini, hanya klinik ini sahaja satu-satunya klinik yang buka 24 jam.

Buat masa ini, aku belum mendapatkan pekerjaan tetap. Ada beberapa peluang yang datang, namun aku masih mengkaji setiap satu peluang dan aku akan berusaha bersungguh-sungguh dalam pilihan aku itu nanti.

Oh! Sebenarnya nak berkongsi sebuah karya terbaik, nukilan Donald Trump (dalam cerita The Apprentice tu). Anda mesti baca buku ini!


Think Big! Aku betul-betul termotivasi dengan huraian dan kupasan bukunya. Isinya tidak dipenuhi fakta-fakta dan penjelasan panjang lebar yang tidak menusuk kalbu, tapi setiap kata-katanya penuh nasihat dan ransangan agar kita terus berjaya.

Belum habis lagi membaca, sebab aku ni jenis yang suka baca sikit-sikit pastu fikir. Cuba nak khadamkan dalam minda dan hati.

Anda apa khabar?
Saya sangat BAGUS!!





15 March 2012

After That Day

Assalamualaikum.


After that day, my life has turned 180 degree. It has changed tremendaously! It is really a turning point in my life. No more boring day, but striving each single day to pursue what I believe and what I has been dreaming for.

My parent.. were worried at first, but now they are quite relieved. It is for their own good as well. After that day, I had bring my mom and my younger sister to cooking classes, which held on Wednesday. My mom was really happy after attending such classes. She was able to meet new friends, whom mostly are housewives as well. One of the reason was also to make my parent happy.

My life? It is hell much better! I can play badminton anytime at regular time. I am also started to take care of my body more. Taking good and enough sleep, healthier food and regular exercise! I love to get sweat too!

After that day, I had more time to read interesting books that has been intrigued me for long. I love to read good books, because I learn something. To be wiser, you need to be more knowledgeable, don't you?

Now, I am in Taman Tun Dr Ismail Jaya, Shah Alam. I have a business meeting with Dr Kamal. Hehehe.
Have a nice day.

05 March 2012

Berlalu 5 Hari..

Assalamualaikum..

Pengembaraan yang penuh makna.

Hari 1
 Berjumpa kenalan baru semasa di Softskill Training anjuran Great Eastern Takaful. Tujuan untuk bertanyakan tentang takaful Great Eastern dan kerjaya sebagai ejen Takaful Great Eastern. Alhasilnya, aku dipertemukan dengan konsultant syarikat ejen takaful mereka (al-Muaz) dan apa yang banyak diceritakan adalah... cara mendapatkan pelanggan takaful! Dijanjikan pulangan pendapatan RM1,000,000++, dengan syarat berjaya mendapatkan 312 orang pelanggan takaful yang konsisten menabung dalam takaful selama 6 tahun.
Kepenatan, aku balik menumpang tidur di rumah kakak di Cheras.

Hari 2
Sekali lagi berjumpa dengan konsultan berkenaan, dan kali ini diminta pula mendapatkan pelanggan sebanyak 2-3 orang sehingga pertemuan seterusnya iaitu minggu depan. Hm.. sebaik selepas pertemuan kedua ini, aku sudah tawar hati dan memutuskan bahawa takaful bukan bidang aku. Namun, aku akui takaful berguna apabila aku ditimpa bencana kelak. InsyaAllah, aku setuju jadi pelanggan takaful tetapi bukan ejen takaful.
Kemudian, meluru ke Bangi untuk berjumpa dengan seorang penuntut separuh masa di INSPEN (Institut Penilaian Hartanah). Hasil perbincangan.. menunjukkan banyak perkara yang dipelajari di INSPEN itu lebih kepada untuk mempersiapkan seseorang menjadi ejen hartanah yang berkelayakan dan sah, serta membolehkan seseorang itu membina dan menguruskan syarikat ejen hartanah sendiri.
Hm.. Beliau mencadangkan agar aku membaca buku karangan Milan Doshi dan Renesial Leong untuk mempelajari selok-belok pelaburan hartanah. Sebenarnya aku tak fikir aku sesuai menjadi ejen, cuma ilmu pelaburan hartanah itulah yang aku cari sebenarnya.
So.. keputusannya program separuh masa di INSPEN itu mungkin tidak sesuai untukku.

Hari 3
Rehat. Melayan anak sedara dan merapatkan ukhuwah sesama adik-beradik. Tanpa ditunda-tunda, aku membeli buku Milan Doshi tu, baca sampai pukul 3 pagi. Hehehe. Tu pun tak habis lagi.

Hari 4


Pergi Seminar Marketing Power anjuran Dr Azizan, bersama-sama adik dan abang. Fuhhh! Ceramah yang bertenaga dan sarat dengan cebisan ilmu yang dicari-cari. Apa yang menariknya, beliau memberikan keyakinan kepada aku untuk memulakan usaha bisnes! Memang dah lama terfikir nak buat bisnes, cuma tak yakin dan ragu-ragu dengan kebolehan diri.
Abang aku pun berkobar-kobar lepas pergi seminar ni. Hehe, semoga sama-sama berjaya.

Hari 5
Kembali menemui isteri dan anak-anak. Rasa seperti dah lama terpisah.

Hasilnya
Aku kini lebih yakin dengan diri sendiri. Aku rasa tidak sia-sia aku pergi kerana mendapat ilmu baru dan menampakkan jalan hala tuju aku pada masa akan datang. Aku berpuashati dengan diri aku kerana berjaya melawan sikap malu dan malas, dan berjaya menepati masa yang dirancangkan.

Alhamdulillah.

28 February 2012

Bosan

Assalamualaikum.

Bosan?
Aku pun bosan gak.

Jom ngeteh hujung minggu ni. :)

:) Happy :(

Assalamualaikum.

Di sini saya nak berceloteh panjang sikit. Kalau tak tahan nak dengar, boleh la skip ye. Hehe.. nak lepaskan tenaga selepas main badminton. Trust me, jangan baca jika anda bukan doktor psikiatri. Okey?


27 February 2012

What Now?

Assalamualaikum.

Sudah agak lama saya membisu. Bukan merajuk, cuma ada beberapa perkara nak diselesaikan selepas 'cuti' ni.

Apa yang saya rasa? Hm.. saya tak sabar-sabar nak memulakan sesi pembelajaran.

Baru-baru ini saya menghadiri Kursus Interpersonal Skill oleh Master Rosli, Dale Carnegie's trainer. Banyak jugak ilmu komunikasi yang diperturunkan, namun masih tak dilupa nasihat beliau iaitu.. "Amalkan!".

Antara ilmu yang diajarkan ialah.. Never, ever Condemn & Criticize!

Jumpa lagi.

13 February 2012

Survival Mode to Champion Mode!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Today will mark a significant date of my simple life. A history to be made. From living in survival mode into living to the fullest and riskiest, champion mode.


12 February 2012

Menghitung Detik..

Assalamualaikum.


Hari ni adalah hari terakhir aku buat onkol di hospital daerah kerajaan. Setelah hampir 4 tahun bersengkang mata tengah-tengah malam, akhirnya dapat jua aku berehat malam-malam tanpa diganggu. Alangkah nikmatnya tidur pada malam yang tidak perlu lagi risau dengan keadaan pesakit di dalam wad, juga risau akan keadaan pesakit yang mungkin masuk dalam wad.


02 February 2012

If you have to choose..

Assalamualaikum.

It is bad that we live by following what has been prepared for us. Is it good?

Well, as for me, I seem to follow what has been told to me along the path of my past life. When I entered into school, I was told to earn highest mark. I was told that those who get the highest mark are those that hard-working, disciplined, and brilliant. Everybody praises and some envy those who earn higher marks.

I was not really interested to get the highest mark, as I was lazy.. last-minute.. and not so brilliant after all. But, alhamdulillah, Allah has made my life easier while some others struggles in front of my eyes. Fortunately, without much struggle, I managed to score in PMR exam with my last-minute memory bullets. Having score less meaning you left with few choices, and having score higher meaning more better schools to choose from.

But.. I was told that I should stay and continue study for the school. Flourish the school's name as the teachers had helped you flourish. I pause.. I want to study science. Science is a subject that I love the most. I love exploring and venturing. That's why I made bold choice by transferring into another school which offer me science subjects in SPM. Is it good?

Well, I love the subjects. Kimia.. is such a peanut. Fizik.. quite a challange but still able to kick. Matematik.. too easy. Add Math.. awesome! I love the subject so much. Very mind challenging, yet winnable. But.. I dont understand why I has to learn Language, History. So, cut story short, I managed to pull quite a good score in my SPM.

But for the next life junction of choice.. I kept following what has told by others. I do not regret of following such decisions, but now.. I made my own choice once again. And I hope.. if I failed, I failed early and cheap so that I can continue learn what the lessons has had for me. If I win, I win big and satisfying so that I will keep fighting and learning..

I won't stop learning, whatever blockstones await for me.
And.. I hope to learn everything that I love the best I can.

19 January 2012

Pagi Jumaat.. Menghitung Detik Berlalu.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Rasa tenang hari ni, tapi ketenangan ini tak akan kekal selamanya. Sedangkan Rasul pun diuji, apatah lagi kito la ni.

Hari ni, aku ambil cuti untuk urusan bank di Kuala Lumpur.

Dalam cuti-cuti, aku mengambil kesempatan untuk merehatkan minda dan memikirkan bagaimana agaknya kehidupanku nanti setelah melepaskan diri daripada tanggungan kerajaan...


18 January 2012

Hidup Ini Penuh Masalah.. Itulah Masalahnya!

Assalamualaikum.

Pengarang buku, Azman Manap, ('12 Lessons To Build A Profitable Business With Zero Capital'), ada menukilkan bahawa masalah adalah perkara biasa dalam kehidupan. Hanya apabila kita menganggapnya sebagai cabaran, dan berusaha mengatasinya, baru lah kita akan berjaya.

Di awal-awal kehidupanku, aku benci masalah. Aku tak suka masalah! Masalah menyebabkan aku sakit kepala dan stress. Bila stress, aku rasa lemah dan takut. People said I have the middle sibling syndrome, which is feeling insecure and abandoned. Argh!! That's even put more stress into me.

Ada sesiapa yang suka masalah???


13 January 2012

Apabila Aku Sakit Jantung..

Assalamualaikum.

Apabila aku diberitahu aku dapat sakit jantung, pasti aku kaget. "Aish! Yeke. Aku muda lagi. Takkan lah. Salah diagnosis ni.."

Apabila aku diberitahu jantung aku pada tahap teruk yang memerlukan pembedahan berisiko tinggi untuk memanjangkan tempoh keupayaan jantung aku, aku terkesima.


10 January 2012

Kisah Baby Yang Malang..

Assalamualaikum.

Aku onkol semalam. Memang memenatkan. Itulah lumrah onkol, penaaattt.... Apa tak penatnya bila asyik ke hulu ke hilir, bila dah nak berehat, tak sempat lelap mata, dah kena panggil. Memang penat, dan kadang-kadang naik gak 'temper' aku, tapi cukuplah aku sekadar bersabar dan fokus kepada menolong pesakit dan staff-staff aku.

Aku bukannya pakar yang dah cekap buat kerja, tapi aku tahu buat kerja. Bila bebanan kerja melebihi kemampuan aku, aku utamakan yang penting dahulu berbanding yang kurang penting. Kalo orang tak puas hati dengan aku, apa aku nak buat? Sabar jela dan bermohon kepada Allah agar diberikan petunjuk dan kekuatan untuk memperbaiki kelemahan diri. Itu yang boleh menenangkan hati aku, tanpa perlu melepaskan kemarahan tak tentu hala.

So, nak dijadikan cerita. Ada pesakit mengandung (nama dan identiti pesakit tidak akan didedahkan demi menjaga etika perubatan) datang dah nak bersalin. Bila check pintu rahim, mak oi! dah 9 cm. Contraction strong, CTG .. hm.. poor contact. Macam deceleration pun ada. Selaput air ketuban masih ada, dan bila dipecahkan.. MMSL!!!

(Info : Sila lihat di bawah untuk penerangan berkenaan pintu rahim, CTG dan lain-lain).

MMSL adalah indikasi untuk dibuat pembedahan Ceaser, kerana itu menandakan keadaan bayi yang nazak dalam perut. Maka, perlu dikeluarkan segera. Tetapi oleh kerana, pintu rahim sudah hampir penuh, aku ambil risiko untuk membenarkan beliau melahirkan anaknya di wad aku.. dan tak sampai setengah jam, baby girl dapat dilahirkan.

Tapi... baby tak menangis!! (Kalo baby tak menangis selepas bersalin, peparunya tak dapat mengembang dan baby boleh mati kerana tak dapat oxygen.)

So, aku pun mulakan prosedur resusitasi - direct suction memang keluar meconium (taik) dia daripada peparunya. Itu maknanya najis yang keluar semasa dalam perut ibunya telah disedut masuk dalam peparunya menyebabkan baby itu tak dapat bernafas, maka tak dapat menangis.

Pastu, keadaan dia bertambah pulih selepas berjaya keluarkan meconium tu. Namun, dia masih tak dapat bernafas dengan baik. Akhirnya tiub pernafasan dimasukkan ke dalam kerongkongnya (intubation). Dan selamat dipindahkan ke unit rawatan rapi Hospital Besar.

Namun.. aku dapat panggilan yang baby itu mengalami pendarahan teruk dalam peparunya. Aduh.. adakah dia akan selamat? Pada aku, memang poor prognosisnya, tapi kuasa Allah lebih mengatasi segala-galanya.

Jadi.. moral of story: Allah lebih berkuasa ke atas segala-galanya walau pun kita telah berusaha mengelakkan segala musibah. Kita cuma perlu belajar redha dengan ketentuan Ilahi dan serahkan kembali urusan hidup mati kepada Allah.

*Yang tak bestnya, aku terpaksa la buat persediaan untuk kes ini dibentangkan pada pihak atasan nanti. Aku sudah buat yang terbaik ikut kemampuan aku, jadi aku berserah kepada Allah untuk menentukan nasib baby yang malang itu..

Info..:
#Apabila seorang ibu mengandung mahu bersalin, pintu rahim akan terbuka sedikit demi sedikit dari 0 cm sehingga 10 cm (full). Apabila pintu rahim sudah sampai 10 cm, maka barulah dibenarkan untuk meneran keluarkan bayi.
#CTG = cardiotocograph. Ia adalah sebuah catatan alat yang memantau denyutan bayi dalam perut dan kekuatan kontraksi rahim. Poor contact bermaksud alat CTG ini tak dapat mengesan denyutan bayi dengan baik. Selalunya disebabkan kulit perut yang tebal, atau gangguan alat komunikasi.
#MMSL = moderate meconium stained liquor, bermaksud air ketubannya telah dicemari najis bayi yang masih dalam perut. Sepatutnya bayi yang sihat tidak mengeluarkan najis (berak) dalam perut. Kalau sudah berak, biasanya itu menandakan bayi dalam keadaan yang tidak sihat. Keadaan akan lebih teruk lagi sekiranya bayi itu menelan pula najis dalam air ketuban itu dan mnyebabkan saluran pernafasannya tersumbat akibat najis itu.

Itulah kisah Meconium Aspiration Syndrome yang aku terima semalam. Ya Allah, Kau selamatkan bayi itu agar dapat beliau menjalani kehidupan ini dengan sempurna.

09 January 2012

Ting Tong.. Lagi 2 Bulan Menunggu.

Assalamualaikum.

Apa yang lagi 2 bulan ni?
Haha.. sebenarnya itulah detik perubahan dalam hidup aku. Perubahan secara 180 darjah!

Daripada kerja makan gaji kepada.. kerja cari gaji. Hehe.
Daripada hari-hari buat kerja sama kepada.. cari kerja, cari ilmu, cari kawan.
Daripada solat ikut waktu kerja kepada... kerja ikut waktu solat. (kadang-kadang kena jamak solat bila dah pesakit ramai sangat dan nazak-nazak).
Daripada sekadar biasa-biasa kepada... luar biasa!!

Haha.. harapannya agar kehidupan lebih baik. Kehidupan yang seimbang antara dunia dan akhirat. Keseimbangan itulah yang aku cari agar dapat kuteruskan hidup ini dalam mencari keredhaanNya..


08 January 2012

Day 2 Herbalife & Elaun Onkol..

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, jauh perjalanan luas pemandangan.

Kini aku dah sampai ke rumah semula, di mana aku akan meneruskan kembali rutin kehidupan aku seperti biasa. Yang lecehnya, esok onkol la plak.. Tapi sekadar untuk berkongsi, ada berita gembira buat para pegawai perubatan kerajaan..


Hehe.. gaji naik (dengan SBPA), elaun pun naik. Alhamdulillah.

Ok, berbalik kepada cerita Herbalife. Apa pendapat aku?

Pada pendapat aku yang dhoif, dan tak pernah pun minum atau merasa produk Herbalife, apa lagi mengedarkan produk Herbalife..

1. Ia ada produk kesihatan yang cuba mengambil peluang ke atas permintaan tinggi orang ramai ke atas tubuh badan yang lebih cantik/kurus dan sihat. Memang permintaan kepada badan yang lebih kurus, hidup yang lebih bertenaga dan sihat, amat-amatlah tinggi. Jadi, di atas peluang itulah, Herbalife comes into the picture and make their outstanding present. So, there is huge market demand.

2. Besides product story, there is also money story. Yes, it is based on Multi-level Marketing campaign. Everybody knows that who work hard, will earn big in this MLM-based business. So, they make themselves distinguishable from other nutritional products in the market. You earn some as you pay, but you earn more when you get other people pay too.

3. Business must have up and down, so Herbalife provides intermittent trainings and events to boost their distributor's enthusiasm and skill in marketing/sales. So, you won't feel lonely in this business journey. Typical conventional businesses leave you alone to chartered your own business journey.

4. Not just that, your life would be change too as you go along with their programs. They tell you how to be success, they motivate you whenever you feel down, and you might find your love one there (if you're unmarried). Hehe. 

Hm.. itulah serba sedikit pendapat aku. Anyway, aku tetap dapat mempelajari banyak perkara dalam Seminar Zero to Hero Herbalife. Thank you Herbaliiiiife...! (Hehe)

Dah, esok onkol! Sekian terima kasih.

07 January 2012

Pergi Zero to Hero Herbalife

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Hari ini dan semalam, aku telah dijemput oleh sahabat baik untuk menghadiri satu program yang dianjurkan oleh sebuah syarikat MLM terkemuka, Herbalife.


Bertempat di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Berlangsung selama 2 hari, dengan kehadiran yang mencecah hampir 1000 orang dari serata Malaysia. Memang tidak dinafikan ia merupakan program yang gah dan mengujakan, bagi sesiapa jua yang hadir.

Namun.. kehadiran aku bukanlah sebagai pengedar Herbalife, tapi sebagai.. ehem ehem tetamu jemputan, aka bakal pengedar Herbalife. Sungguh pun aku tidak yakin dengan bisnes ala MLM, tapi aku tidak mengehadkan diri aku untuk mempelajari bisnes MLM yang berjaya.

Dalam sesi ceramah semalam, ada beberapa nasihat yang diberikan kepada peserta akan cara-cara mengejar kejayaan.

1. Mesti menetapkan matlamat yang jelas. Visualkan matlamat itu dengan gambar. Tampal dan tayangkan di mana-mana untuk ditatap setiap hari sebagai peringatan diri setiap hari. 
2. Mesti yakinkan diri akan kebolehan diri untuk berjaya. Contohnya dengan memakai baju kot ketika menjalankan bisnes, berpakaian smart dan menyebut kata-kata positif pada diri sendiri seperti 'Aku boleh'.
3. Sentiasa rebut peluang-peluang meningkatkan kemahiran dan keupayaan diri, seperti menghadiri seminar, kursus atau latihan, dari semasa ke semasa.
4. Sayangi pelanggan seperti melayani ibubapa sendiri. Namun pada batas-batas perniagaan sahaja.
5. Sentiasa bersikap professional seperti menepati masa, menunaikan janji dan memohon maaf jika berlaku salah. 

Ini adalah sebahagian ilmu yang aku kutip untuk aku laksanakan dalam bisnes sebenar aku nanti. InsyaAllah.

Patutlah Robert Kiyosaki menggalakkan orang mengikuti bisnes MLM kerana dalam bisnes MLM terdapat pendidikan pemasaran yang hebat kepada pengedar-pengedarnya. Aku mengakui kehebatan program 'mind-blowing' ini untuk menghasilkan pengedar-pengedar Herbalife yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.

Hm.. namun, maafkan aku. Ia bukan jenis bisnes yang aku cari. It is a very good business, with good support system, but .. it does not make you into a businessman, but a salesperson.

Terima kasih.

05 January 2012

Terima Kasih Dr Zouldahan

Assalamualaikum.

Terima kasih Dr Zouldahan, di atas keprihatinan anda.

Tak sangka jugak beliau mengikuti perkembangan blog saya dan berkongsikan maklumat yang penting buat saya. InsyaAllah, saya harap dapat menemui Dr Zouldahan satu ketika nanti untuk ucapkan terima kasih.

Inilah post yang beliau berikan..
Dr Zouldahan : Aku dan Buka Klinik Sendiri