31 December 2010

MLM datang lagi.. kali ini HAI-O

Assalamualaikum..

Pernah tak anda didatangi ejen2 MLM yang mempromosikan produk/plan pemasaran MLM mereka? Ya, tentu pernah jika anda bergaji tetap/kakitangan kerajaan.

Saya pun baru sahaja didatangi ejen MLM yang mempromosikan HAI-O. Yang peliknya, diorang ni sanggup datang jauh-jauh nak jumpa kita sekali pun kita tak seberapa minat nak dengar. Bab buat duit tu, saya minat. Tapi kebiasaannya, bab produk tu jarang sekali menarik perhatian aku.

Kali ini, saya rasa lain sikit. Mungkin kerana pernah diperkenalkan dengan 3 jenis MLM yang lain, maka saya lebih mudah memahami plan pemasaran mereka.

Sejak akhir-akhir ini, bila hutang sudah mulai menimbun, saya mula risau dengan kedudukan kewangan saya. Saya mula mencari-cari sumber pendapatan lain untuk menampung kos hutang. Bukanlah tak cukup dengan duit makan gaji, tapi bila saya berfikir untuk jangka masa panjang, saya pasti dalam kesusahan nanti.
Anak dah nak masuk 2. Memanglah setiap anak yang lahir, Allah dah tetapkan rezeki mereka masing-masing. Tapi, Allah juga mahu kita berusaha untuk mencari rezeki itu. Salah jugak kalo hanya bergantung pada takdir semata-mata tanpa berusaha, kan? Jadi, risau jugak saya mengenangkan duit gaji yang cukup-cukup makan je ni.

Kereta pun dah berumur 7 tahun. Memanglah masih elok lagi, tapi berapa lama lagi kereta tu boleh bertahan. Maintenance pun dah makin meningkat. Ganti tayar satu pun dah RM60. Lambat-laun, kena ganti jugak kereta baru. Aduh..!

Rumah belum ada lagi. Berapa lama aku nak menyewa je. Makin lama, harga rumah makin mahal. Sama je macam emas. Nak beli seutas rantai pun kena berfikir panjang, mengenangkan harganya.

Dah 3 tahun kerja, bersamaan dah 3 tahun bekerluarga ni.. aku rasa semakin tak cukup gaji yang aku terima bulan-bulan.

Sebab itulah, aku dah mula terbuka minda untuk menerima sikit-sikit tentang apa jua cara yang halal dalam menjana pendapatan sampingan. Dengan kemampuan kewangan yang semakin sempit, aku perlu berhati-hati dan meneliti sehabis mungkin setiap peluang yang muncul di depan mata..

HAI-O.. you've got my attention, now.

Do you believe in MLM? Give me your feedback, Thank you.

3 comments:

Dr K said...

MLM ni ikut nasib. Ada yg berjaya, RAMAI yang fail..hahaha..

Dan ikut level TEBAL MUKA ko..
Kalau jenis tak kisah kena pulau dek kawan,maybe family terdekat, go ahead lah...

Aku cakap ni based on experience aku yang dah di approach oleh RAMAI kawan2 aku utk join MLM..

Mind u, our position as medical doc, lagi depa target.

zoul dahan™ said...

Hai-O pun pernah aproach saya.
Kawan saya attendant hospital/wife staf nurse.
Join Hai-O sampai tahap maksimum.
Siap masuk majalah lagi.
Melancong luar negara, dpt kereta Mersedes.
Lepas tu berhenti kerja kerajaan.

Habis satu hospital jadi down line dia.
Tapi yg kaya dia sorang saja.
Downline semua kayap...
Dia hilang entah kemana.

Salam tahun baru 2011...

DrSatriaN said...

Ooo.. Terima kasih Daddy Ziyyad & Zoul Dahan. Saya amat2 menghargai komen yang anda berikan.
Betul tu. Bila difikir-fikirkan balik, saya bukan jenis personaliti yang sesuai untuk jalankan bisnes MLM.
Saya concern what people thought about me. I do concern what people comment on me.
MLM ni menjanjikan pulangan duit banyak, dengan cari downline banyak. That's what drive people to join. But.. reality is that, it is very difficult to find downline. And, if your downline did not succeed and start to distrust you, how are you going to live when your words are considered as just another lies??
That thought alone push me at bay now for this MLM. Thank to both of you for your eye-opening comments.
Now.. I will be more careful.

Post a Comment