27 January 2011

Ish.. Mengingau anak aku ni.

"Nak ikut.. nak ikut..!"

Menjerit-jerit anak aku bila bangun tido petang tadi, sambil menangis teresak-esak. Meluru dia ke pintu kaca di ruang tamu sambil menangis mengadap ke laman depan rumah, mungkin mencari-cari di manakan ibubapanya. Apabila aku menerpanya dari belakang, dia tetap terus menangis teresak-esak memandang tepat ke mukaku, sambil perlahan-lahan mengucapkan..
"Nak ikuuuut. Huuuuhuuu..".
Aduh! Rasa tersentak jantung ni. Rupanya dia bermimpikan berpisah dengan ibubapanya. Rupanya kesedihannya ditinggalkan kami pagi-pagi setiap hari itu telah menjadi mimpi ngeri buatnya.
Kesiannya.. :(

(Ragam anakku bila ditinggalkan.)

Assalamualaikum w.b.t.
Kali ni saya nak kupas sikit isu tentang ibu-bapa yang keluar bekerja dan efeknya pada pembentukan diri anak2. Topik ni memang luas sebenarnya.. tapi mengikut penilaian saya berdasarkan pengalaman membesarkan anak sehingga berumur 2 tahun..

"Kerja.. Kerja..!" Itulah keluhan yg selalu meniti di bibir saya apabila pagi-pagi terpaksa bergegas bangun awal untuk pergi kerja. Sekali pun ia adalah tuntutan mulia untuk mencari rezeki halal, namun hati ayah mana yang tak terguris bila mengenangkan waktu yg dapat diluangkan bersama keluarga, terutama anak-anak yang baru nak mengenal dunia, cuma sebahagian kecil sahaja drpd masa 24 jam sehari.

Kekadang terasa kesian kat anak. Apabila bangun-bangun pagi je, harinya bermula dengan peristiwa berpisah dengan ibubapa. Bila dihantar ke rumah pengasuh, memang menangis-nangis dia tak mahu ditinggalkan. Meraung-raung dia di pangkuan pengasuh yang berusaha memujuknya, sambil menyebut-nyebut.. "Nak ikooot..!".

Namun, apakan daya. Hati hanya mampu menahan rasa pilu pada anak kecil mengenangkan kesiannya si anak kecil itu yang setiap hari terpaksa melalui pengalaman perit berpisah dengan ibubapa.

Kadang-kadang, terasa kejamnya diri ini. Apakah dosa si anak kecik itu sehingga aku berikan dia setiap pagi dengan pengalaman paling pahit untuk ditempuhi oleh mana-mana anak kecil, pengalaman berpisah dengan ibubapanya..

Apakah yang akan terjadi padanya kelak?
Adakah dia akan membesar dengan membenci ibubapanya kerana memberikan dia pengalaman pahit ditinggalkan setiap hari?
Adakah dia akan dapat memahami tugas ibubapanya yang membuatkan dirinya ditinggalkan sebegitu?
Adakah itu akan menjadi memori pahit dan ngeri dalam hidupnya?
Adakah dia akan membesar menjadi insan yang lemah jiwa dan kurang keyakinan diri kerana menanggung kesedihan ditinggalkan sehingga dia membesar merasakan dirinya adalah punca ditinggalkan? Sedangkan itu tidak benar sama sekali. Kami sendiri pun sedih berpisah dengan anak kami.

Tapi.. apa yang pasti, pengalaman itu telah menjadi mimpi ngerinya petang tadi.

Maafkan ayah..

2 comments:

SWEET HANIS said...

sama la saya..pg2 dh anta anak nk kat malam br amek..kdg2 kesian tgk anak bile malam dia nak main dgn kita..tp kita dh gantuk nk tdo awal..terpaksa la gilir2 dgn suami menjaga dia..

Ann Huda (Ate) said...

Jika anak usia 2 tahun di tinggalkan di tempat dan pengasuh baru mmg wajar dia menanggis. Itu sesuatu yang normal kerana dia merasa 'asing', unsafe dan belum terbiasa dengan routine. Insyallah doctor tak perlu terlalu khuatir. Tapi kalau dah lama dia masih menanggis there must be something wrong.

Post a Comment