29 October 2010

Menerima berita yang dinanti-nantikan..

Alhamdulillah..
Aku bersyukur sangat2 kerana setelah sekian lama aku menunggu, akhirnya sampai juga berita pertukaran tempat kerjaku.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana Engkau telah memperkenankan permohonanku..
Terima kasih ya Allah, sungguh Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..
Ampuni diriku yang penuh cacat-celanya..

Bermula seawal bulan April, aku telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian untuk meminta pertukaran tempat kerja dari Perak ke Selangor. Bersama-sama aku, turut disertakan permohonan isteriku yang mahu mengikut jejak langkahku.

Namun, dalam hati, aku kurang optimistik dengan permohonanku. Maka, tak aku nafikan juga yang aku kurang berdoa kepada Allah untuk meluluskan permohonanku. Dan jikalau berdoa pun, aku kurang bersungguh2.
Lagi pun, aku masih sibuk dengan latihan housemanship lagi pada ketika itu.

Setelah, aku berpindah ke Sungai Siput untuk meneruskan baktiku, aku akhirnya menerima perkhabaran. Kementerian telah bermesyuarat dan memutuskan permohonan aku GAGAL.
Huhu. Sedih jugak masa dengar berita tu, tapi apa nak buat. I am nobody here (and i don't have somebody in higher post also, huhu).

Tapi... permohonan isteriku pula berjaya!

Setelah berbincang dan solat istikharah, kami memutuskan untuk meneruskan pertukaran isteriku ke Selangor. Dan isteriku pun ditempatkan di Hospital Tanjung Karang, yang tidak seberapa jauh dengan tempat tinggal ibubapaku.

Maka, bermulalah detik perpisahan antara suami isteri, juga antara ayah dan anak.. Macam sadis je kisahnye, ye? Hehe. Apa nak buat, kerana kerja dan kerja dan kerja.

Duduk di Sungai Siput, aku bersendirian di kuarters doktor. Memang banyak kerja nak buat bila siang, tapi bila malam.. aku hanya bertemankan laptop ni je. TV takde siaran.

Aku telah mengemukakan rayuan semula kepada Kementerian. Aku merayu agar permohonanku bertukar ke Selangor dipertimbangkan semula.

Dari hari ke hari, aku menanti-nantikan keputusannya. Mulanya, dikhabarkan kepadaku bahawa mesyuarat untuk membincangkan rayuanku akan berlangsung pada selepas Raya Aidil Fitri. Selepas seminggu raya, aku pun call balik. Belum buat lagi. Mesyuarat ditangguhkan ke awal Oktober pula. Masa tu, aku rasa terkilan betul tapi nak buat camne. Sabar je la..

Maka pada awal Oktober seperti yang dijanjikan, aku pun call lagi. Maka, aku pun disambungkan talian ke pegawai yang sepatutnya. Tapi dijawab pula bahawa pegawai itu tak ada, dan diminta pula aku call balik pada 20 Oktober.

Aduh.. banyaknya karenah birokrasi!

Pada 20 Oktober, aku pun call lagi dan baru lah diberitahu bahawa permohonanku telah diluluskan sejak 12 Oktober lagi.

Akhirnya, lulus juga...

Alhamdulillah, aku bersyukur. Dan aku diarahkan berpindah berkuatkuasa mulai 1 November, dan diberi tempoh sebulan untuk melaporkan diri. Pada 29 Oktober, aku telah berunding sendiri dengan JKN Selangor dan telah dijelaskan sejelas-jelasnya bahawa aku mesti melaporkan diri selewat-lewatnya 1 Disember.

Aku bersyukur.. kalo boleh lagi awal lagi baik, tapi aku mahu menjaga hati kesemua pihak. Hm.. cuma aku meragui adakah berbaloi aku jaga hati orang ni?

Anyway, I received my long awaited news after much hassles and heart-broken.

26 October 2010

Wah! Dah ada pengunjung!

Alhamdulillah..
Nampaknya blog aku yang tak seberapa ni dah ada pengunjung!


Kemuncak pengunjung blog aku adalah pada 24 Oktober 2010 pada pukul 1500H, iaitu seramai 18 orang!

"Eleh, baru 18 orang je. Kecoh la bro ni."

Hehe. Memang aku kecoh, sebab aku tak sangka gak ada orang baca blog aku.
Kalo korang nak tau macamane nak tau berapa ramai pengunjung blog yg korang buat, tgk gambar kat bawah ni.



Yang ada bulatan kuning tu la, korg bole tau berapa ramai yg mengunjungi blog korang dan bila waktu kemuncak dia.

Anyway, memang best Blogger ni!

Terima kasih kepada yg melawat.

Sabar Je

(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu". (Ar-Ra'd : 24)


Maka, benarlah kata-kata Allah Yang Maha Mengetahui..
Memang aku terasa betul dengan ayat ni. 


Bila kita sabar, maka kita akan mendapat keselamatan dan kesejahteraan.


Mudah je nak cakap, kan? 
Tapi tak semua orang mampu melakukannya. 
Aku pun selalu tewas dengan sikap amarahku, terutamanya bila aku jumpa kes2 yang teruk masa onkol. Bengang napela time aku onkol ni baru nak datang pesakit tu. Tapi, jarang sekali aku letuskan kemarahan.. (yeke?)


Bila aku marah je, aku cepat2 tahan dan sedarkan diri aku balik. Ye la, sakit ni nak datang bukan ada jadual dia. Kalo nak datang penyakit tu, bila2 je. So, aku kena la sabar dan redha bila berhadapan kes2 yang aku tak suka nak tengok. Biasanya, kalo beristigfar je tak cukup untuk aku, aku kena fikir balik macamane kalo aku plak yang sakit? Bila aku fikir cara macam ni, barulah marah aku bertukar perlahan2 kepada simpati dengan pesakit. 


Dan.. memang aku cukup simpati sebenarnya dengan orang2 yg sakit ni. Bila ada yang berjalan tempang kerana patah kaki atau kena jangkitan kuman, cellulitis, kesian tengok diorg jalan terhinjut-hinjut menahan sakit. Kalo aku yg sakit macam diorang, aku rasa ragu2 pada diri aku sendiri jika aku mampu sabar seperti diorang. Alangkah seksanya hidup dgn kaki yg sakit camtu. 


Bila jumpa dgn pesakit yg kurang upaya, terutamanya mental retardation, aku rasa sedih tgk diorang. Alangkah beruntungnya aku kerana ada otak yg boleh berfungsi dgn baik dan dapat belajar, sedangkan diorang tak mampu nak memahami dunia yang terlalu luas ini. Alangkah seksanya bila tak dapat baca buku.. (maksud aku tak dapat menikmati belajar perkara2 baru).


Bila melihat derita orang lain, aku rasa aku jadi lebih bersabar dgn kesusahan diri sendiri. 
Malah, aku boleh dah kawal diri sendiri bila berhadapan dengan perkara2 yg selalunya menaikkan kemarahan. 

"It's tough, but worth it!"

Alhamdulillah, syukur..


Sebenarnya, dalam bisnes pun kena ada kesabaran. Dan biasanya kesabaran itu terbayar dengan keuntungan yang lebih berlipat kali ganda. 


Contohnya, tempoh hari, aku ada rancang nak beli emas. Tapi kerana tak sabar, aku dah tempah awal2 sedangkan duit tak masuk lagi. So, bila aku datang nak collect emas, time tu harga dah jatuh lagi murah. Mula la terbit penyesalan. 
Walau pun aku kerugian, tapi berbayar dengan pengalaman yang pasti meninggalkan kesan dalam catur kehidupan aku. 


Lain kali, bersabar dulu..


Tapi kali ni, aku rasa rugi lak sebab dah tak berduit nak beli emas yang tengah murah. Huhu..


Lain kali, sabar je. Okey?


Jumpa lagi.






DrSatriaN
"Hidup Mesti Membaca"
Sg Siput, Perak

24 October 2010

Masya-Allah, seronoknya belajar..

Mesti ramai yang ketawa bila aku tulis seperti di atas.
Tapi..
Itulah yang aku rasa.

Ramai di antara kita yang 'berhenti' belajar. Malah, pelajar-pelajar kita samada yang duduk di sekolah mahu pun kolej/unversiti, pun dah malas belajar. Ini kita sendiri boleh tahu berdasarkan kes-kes gejala sosial yang meningkat, bukan sahaja di universiti malah di sekolah!

Malangnya, di antara kita sendiri yang sudah berkerja juga sudah tidak mahu belajar.
"Apa yang mamat ni merepek ni? Nak kena tempeleng ke?"

Hehe. Mungkin ada yang marah dengan kenyataan aku ni, tapi sepedas itu pun kenyataan aku, ia adalah realiti. Kenapa?

Siapa yang dah baca dan teliti budget 2011 yang dibentangkan oleh PM Najib baru-baru ini?
Siapa yang tahu apa yang berlaku kepada ekonomi kita dan dunia sekarang?
Siapa yang belajar perkara/kemahiran baru tahun ini?

Atau..

Anda hanya tahu kerja anda sahaja.
Dan hanya melakukan kerja yang sama dan berulang-ulang setiap hari..

Kerana itulah yang aku buat dalam 3 tahun yang lepas.
Aku 'tersangkut' dengan beban kerja housemanship yang menyebabkan aku tak boleh nak explore perkara2 lain. Bangun pagi, aku hanya fikir pasal kerja dan stress. Bila pulang, aku bawa balik jugak tension dan penat. Aku tiada masa untuk buat perkara lain.

Dan, aku rasa kesal..

Kini, setelah aku bergelar Medical Officer (pegawai perubatan terlatih) di hospital daerah Sungai Siput, dan kebetulan aku duduk keseorangan, menyebabkan aku tiada pilihan selain explore perkara-perkara baru untuk memastikan diri aku masih waras! Kesunyian dan keseorangan boleh menyebabkan korang hilang kewarasan, cuba la kalo tak percaya.

Oleh kerana ada faktor desakan, aku telah terlorong untuk belajar tentang pengurusan wang. Bila sentuh pasal wang, mau tak mau aku terpaksa belajar pula tentang pelaburan. Dan, bila aku mula baca tentang pelaburan, aku menemui fakta yang amat menakutkan sekali.. keadaan ekonomi dunia yang 'tenat'.

Daripada situlah, aku dapat tau pulak pasal pelaburan emas/perak. Sehingga akhirnya aku leburkan banyak wang aku kepada bentuk emas dan perak untuk selamatkan harta aku yang telah susah payah aku dapatkan.

Tapi.. itu cuma pendapat aku je. Mungkin korang ada yang tahu lebih daripada aku.

Sebab tu, aku terus membaca..
Aku terus belajar perkara-perkara baru. Samada tentang ekonomi, sejarah, penternakan, bisnes, agama, dll. Semakin aku tahu, semakin aku dahagakan ilmu..

Tapi, aku masih keseorangan juga..
Sebab tak ramai orang2 di sekeliling aku, jua yang kukenali, mempunyai minat yang sama macam aku. Aku berada di sektor perkerjaan sekarang, maka orang2 di sekeliling aku adalah pekerja2. Aku insafi situasi aku sekarang, mungkin kalo aku berada di sektor pendidikan baru aku berjumpa dengan orang yang minat macam aku.

Apa pun, aku tetap akan terus belajar..
Biarlah aku keseorangan, tapi aku seronok..
Mempelajari perkara-perkara baru membuatkan aku lebih memahami apa yang orang perkatakan. Bila orang kata sesuatu, aku tidak macam dulu lagi, yang selalu je menurut dan menggangguk apa yang keluar dari mulut orang.

Now I be on myself, and believe more on myself..

Seronoknya, belajar..


DrSatrian
"Hidup Mesti Membaca"
Sg Siput, Perak

23 October 2010

Emas.. kupilih cara halal

Aku dah tekad.
Aku akan membeli emas lagi.

Lebih baik aku simpan duit aku dalam bentuk emas berbanding duit kertas Ringgit Malaysia. Emas nilainya sentiasa naik, tetapi nilai Ringgit Malaysia dari tahun ke tahun semakin merosot. Kalau dulu, nasi lemak berharga 50sen, tapi sekarang dah mencecah RM1.20 (malah cuma dapat seperempat je telur masaknya).

Tapi kali ni, aku nak beli banyak sikit.
Masalahnya, Public Gold ni kadang2 tak cukup stok bila aku nak beli on the spot. Cumanya, diorang boleh terima tempahan. So, aku pun menempah beberapa keping emas dinar untuk dijadikan koleksi.

Tiba pada hari yang dijanjikan, aku pun bagitau yang aku dah sediakan duit secukupnya dan minta diorang sediakan stok yang secukupnya juge. "Okey," diorang kata, pada mulanya.
Aku pun rasa sedikit gembira.
Sebahagian lagi harta aku terlindung daripada kesan inflasi duit kertas RInggit Malaysia.
Seronok.. :)

Tak lama lepas tu, diorang call balik.
PG : "Encik, kami tak cukup satu keping dinar. Encik bayar dulu semuanya, satu keping lagi kita bagi kemudian. Okey?"
Aku : "Apa? Aduh.. Okey, saya fikir dulu."
PG : "Okey, nanti kita jumpa ya."

Alamak!
Mana boleh macam tu. Dah salah dan melanggar hukum syarak dalam jual beli emas ni. Daripada halal, jadi haram la camni. Aku mengeluh sendirian, tak ada siapa nak dirujuk.

"Aik? Ada ke hukum syarak dalam beli emas ni?"
Hah. Mesti korang fikir macam ni, kan? Takpe, sebab sebenarnya ramai yang tak tahu pasal peraturan syarak dalam jual beli emas ni. Pembelian emas/perak/wang tak sama seperti membeli barangan runcit atau komoditi yang lain.
Emas/perak/wang termasuk dalam barangan ribawi yang telah ditentukan hukum/peraturan syarak dalam jual-belinya.

Teliti dulu ayat Al-Quran di bawah..
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu memperoleh keuntungan" - (Al Imran : 130)

Allah dah jamin, jika kita jauhi riba maka kita akan beroleh keuntungan. Dan, riba ada dalam jual beli emas sebenarnya, termasuklah emas perhiasan (cincin, gelang, dll).

Perhatikan sabda Nabi S.A.W. di bawah..
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Perak ditukar dengan emas adalah riba kecuali diserah dan diterima pada waktu yang sama. Gandum ditukar dengan gandum adalah riba kecuali diserah dan diterima pada waktu tersebut. Kurma ditukar dengan kurma juga adalah riba kecuali diserah dan diterima pada waktu yang sama.
 Maka, dalam jual beli emas aku tadi, adalah haram jika aku bayar penuh dan terima sebahagian keping emas secara tangguh. Ia dah dikira riba an-nasi'ah. Sila rujuk www.zaharuddin.net untuk maklumat lanjut. 

Aku pening. Sebab aku dah sedaya-upaya nak elakkan riba ni, tapi diorang kata pulak tak cukup stok. Nak bayar sebahagian, diorang tak terima plak sebab dah kuar resit tempahan tu. Kalo aku cancel, nanti kena blacklist plak nama aku. 


Pening.. Pening.

Dalam perjalanan tu pun, aku tak jumpa plak bank yang aku nak cari ni. Aduh, lagi pening kepala. Waktu zohor dah nak masuk. 

Okey la. Aku solat la dulu. Cari masjid dulu, dan solat. Mungkin nanti kekusutan otak aku boleh surut dan selesaikan masalah ni.

Sebaik sahaja hati aku dah buat keputusan, tetiba nampaklah masjid di sebelah Hospital Ipoh ni di seberang jalan. Aku pun memandu untuk cari tempat parking yang berdekatan. Masuk je jalan Greentown, tetiba nampak pulak bank yang aku cari-cari dari tadi.

Alhamdulillah..!
Seolah-olah Allah bantu aku direct. Ada petunjuk ni.


Selesai solat, hati aku lapang sedikit. Fikir punya fikir, aku buat keputusan untuk memilih cara yang HALAL sahaja. Biarpun kena blacklist ke, kena banned ke, lantak lah! Asalkan diredhai Allah. Lagi pun, aku beli kerana Allah. Maka, setiap segi jual beli pun kenalah mengikut cara yang dibenarkan Allah.

Dalam hati berdebar2, aku nyatakan hasrat aku kat amoi PG tu. Mula2, dia kata dah tempah. Dia kata dia jamin untuk beri lagi sekeping tu bila dah ada stok. Asalkan aku bayar penuh, aku boleh kutip semua kecuali yang sekeping lagi tu.

Ish! Camne ni? Hm..

Aku : "Sorry ah amoi. Saya tak boleh bikin itu macam. Kalo mau itu macam, saya bayar apa yang saya dapat aje. Yang lagi sekeping tu, saya bayar bila you sudah ada stok."
Saya cuba bertegas dengan pendirian saya. Saya dah tekad, kalo dia tak mau jugak, saya akan bagi ceramah free pasal muamalat Islam, kasi dia tau sket!
PG amoi : "Hm.. okey. Saya kasi tukar deal. Encik beli emas lain yang saya ada sekarang, tapi harga mahal sikit sebab lain barang. Mau ka?"
Yes! Dari tadi aku dah fikir nak minta tukar yang lain, tapi disebabkan aku pernah ditegur sebelum ni, jadi aku ragu-ragu nak tanya. Ni dia plak yang cadangkan. Yes!
Aku : "Hah! Itu macam saya mau! Boleh! Saya tak kisah bayar lebih asal halal!"

Maka, berjaya jugaklah aku membeli kesemuanya tanpa tangguh, samada tangguh duit atau tangguh barang.
Alhamdulilah..
Aku rasa lega sangat kerana berjaya elakkan riba ni. Kemudian aku terfikir, mungkin Allah sengaja nak uji iman aku sejauh mana aku menjaga perintah-Nya dalam urusan jual beli emas. Moga2 amalanku diterima oleh-Nya..

Kepada anda, fahamilah rukun2 muamalat dalam jual beli emas sebelum menceburkan diri. Jauhilah riba, kerana ia adalah termasuk dalam dosa-dosa besar!

Wallahua'lam, jika aku salah, tolong diperbetulkan.
Jumpa lagi.


DrSatriaN
"Hidup Mesti Membaca"
Sg Siput, Perak.

22 October 2010

Harga Emas turun.. Masa untuk membeli!

Alhamdulillah..
Syukur.. :)

Sekarang harga emas tengah turun. Lihat graf di bawah.

Sumber gambar daripada www.kitco.com

Jika lihat pada graf di atas, kita dapati terdapat penurunan harga pada 22 oktober sehingga mencecah ke harga pada 3 minggu sebelumnya (5 oktober). Setelah sebulan lebih, harga emas menunjukkan kenaikan harga yang konsisten barulah harga emas mula goyah dan menunjukkan penurunan yang mendadak.

Mungkin anda tertanya2 kenapa?

Turun naik harga emas adalah berdasarkan permintaan dan bekalan. Jika permintaan melebihi bekalan, maka nilai emas akan meningkat, yang diterjemahkan kepada harganya. Jika permintaan kurang daripada belakan, maka harga emas akan jatuh.

Apa yang menyebabkan harga emas jatuh ketika ini?

Ada beberapa sebab mengapa harga emas jatuh ketika ini. Punca utamanya adalah di mana bekalan emas di pasaran melebihi permintaan. Ini berlaku apabila emas2 yang disimpan oleh pengguna/orang kaya dijual kembali ke pasaran untuk mengaut keuntungan. Maka berlakulah lambakan bekalan emas menyebabkan harganya jatuh mendadak. Ini juga dibantu oleh faktor kekuatan nilai dollar Amerika yang sedikit kukuh pada ketika ini.

Berapa lamakah harga emas akan jatuh?

Harus diingat, berdasarkan penilaian emas dalam tempoh 10 tahun yang lepas menunjukkan kenaikan harga emas daripada US200+ / ounce sehingga ke hari ni mencecah US1350+/ ounce. Ini disebabkan kejatuhan nilai matawang US dollar yang merosot kesan langsung daripada inflasi dan kerakusan kerajaan Amerika mencetak wang kertas US dollar sewenang2nya.
Maka dapat kita perhatikan kenaikan harga emas yang konsisten dalam tempoh 10 tahun itu.
Jika diterjemahkan dalam bentuk keuntungan yang kita faham, kita telah memperolehi keuntungan 579% dalam tempoh 10 tahun. Bersamaan juga keuntungan 57.9% setahun. ASB pun cuma 8% setahun. Bayangkan betapa ruginya tak memiliki emas.
Jadi, dijangkakan penurunan harga emas sekarang hanya lah bersifat sementara. Dan harga emas akan kembali memecut ke atas. (akan saya ceritakan dalam artikel yang lain tentang faktor kenaikan harga emas di dekad ini).

Berbaloi ke beli emas yang jatuh harga sekarang ni?

Buat mereka yang tidak faham tentang pelaburan emas, mungkin akan merasa rugi. Tetapi buat mereka yang dah lama berkecimpung dalam bidang ini melihat penurunan harga emas sekarang sebagai peluang terbaik untuk memperolehi emas dengan harga yang murah. Jadi, jika anda nak beli emas pada harga murah, inilah masanya!

Boleh tunggu lagi tak? Kot-kot harga emas turun lagi?
Wallahualam. Tiada siapa yang dapat menjamin.
Namun, berdasarkan rekod sebelumnya, harga emas hanya turun sikit je dan akan terus melonjak naik dan naik. Turun sikit, pastu naik dan naik.
Jika berlaku lagi gelombang kemelesetan ekonomi lagi, maka akan cepat la harga emas naik. Yang dikesalkan, ia tak akan turun ke harga 10 tahun yang lepas. Itu yang pasti.

Jadi, nasihat saya..
Inilah masa untuk membeli emas!



*Jika berminat, boleh hubungi saya di
thezikr_gold@yahoo.com
(no tel akan diberitahu tak lama lagi)


DrSatriaN
"Rezeki Halal Hidup Berkat"
Sg Siput, Perak

21 October 2010

"You are somebody when you stop being nobody."

Mula2 aku kenal internet, aku cuma pengguna e-mail.
Dalam pelayaran internet aku, aku ada jumpa gak muka2 tempatan yang menonjolkan diri dalam dunia internet ni, samada melalui blog, website, dll.

Kemudian, muncul lah plak web2 sosial seperti facebook, friendster. Mula2 aku berjinak2 dengan friendster, tapi time tu aku busy nak study (tengah buat degree of medicine @ ukm). So, aku tak update sangat.

Bila dah start kerja, lagi la aku tak jenguk internet lagi. Jarang-jarang. Kadang-kadang. Itu semasa aku tengah buat training housemanship. Memang masa tu tak ada masa langsung. Pergi kerja, duduk wad/klinik, balik duk rumah. Kuar kejap, pastu balik tido. Ada pasang streamyx, tapi aku lebih banyak layan anak isteri kat rumah.

Bila dah tamat training, aku dipindahkan ke Sg Siput sebagai pegawai perubatan terlatih (terlatih la konon, hehe). Masa sebulan dua kat sini, aku memang mati kutu. Isteri jauh di Teluk Intan. Anak pun bersama isteri. Makabah kat Sg Besar, lagi la jauh.

Keseorangan di perantauan.


Tapi, alhamdulillah, staff2 hospital baru tempat aku kerja ni baik2. Lama2 semakin ramai kenalan aku kat sini. Aku duk kuarters je, tapi kat kuarters ni takde signal tv. Nak pasang streamyx, kena belanja sekurang2nya RM500. Lagi pun, aku tak cadang nak duk lama kat sini. So, sunyi sepi je la rumah aku. Balik rumah, hanya dengar bunyi tapak kaki aku je. Kalo aku tido, bunyi dengkur aku je la yang kedengaran (hehe, mana aku dengar pun).

Tapi, suatu hari tu..

Isteri aku datang sini bawa celcom broadband. Masa tu aku memang ada beli sebuah laptop Dell, Studio 15. So, bila balik kerja, aku terus start enjin keta makan kat luar sambil melayari internet. Bermula daripada sini la, aku aktifkan kembali facebook aku. Email pun aku tgk setiap kali login internet. 
Tapi aku cuma 'tengok' je. Kadang2 aku beri komen/cerita dalam facebook, tapi hanya sesekali.

"You are somebody when you stop being nobody."
Bila aku tengok peluang jana duit melalui internet ni, aku pun bersemangat nak buat blog. Lagipun, aku tengok ada sorang doktor swasta daripada Kulaijaya, Johor, buat blog pasal kehidupan dia dalam internet. Aku baca pun memang syok gak. Maka, bermula la pengembaraan aku..
Blog pertama aku adalah..
http://satrianclinic.blog.com/

Mula2 memang konsisten aku post artikel. Tapi aku rasa susah sikit nak guna enjin blog ni. Asyik hang je. Nak insert gambar pun susah. 

So, aku tukar enjin blog lain, yang lebih popular. Blogger.
Maka, tercipta lah blog kedua aku..
http://drsatrian.blogspot.com/
(blog yang korang baca ni la)

Setakat ni, aku berpuashati dengan enjin blog ni. Mudah dan cepat. Senang nak post artikel. Memang class betul blog ni, patut pun menjadi pilihan utama blogger2 tempatan.

So, daripada sini la aku mula 'menampilkan' diri aku.Walau pun, aku cuma menulis apa yang aku suka, tapi... aku rasa berbeza sekarang. Aku dapat rasakan perubahan dalam diri aku.

Aku tak tau apa yang sebenarnya berlaku pada diri aku, tapi aku jadi lebih yakin dan berani. Aku lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan harian aku, meskipun aku keseorangan. Aku seperti mendapat nafas baru.

Rupa2nya, kegelapan itu tak selamanya gelap. Malam itu tak selamanya malam. Akan datang jua cahaya dan siang. Dalam kesedihan diulit kesunyian, muncul pula pelangi kegembiraan dan hobi baru yang mewarnai hidup aku sekarang.

Dan, aku rasa gembira sekali..
Bertenaga dan bersemangat..

Kerana aku rasakan aku telah menjumpai bakat aku yang terpendam.

Menulis..


So, aku kini adalah seorang penulis.
Penulis part-time. Hahaha.

Harap korang suka dengan hasil2 'karya' aku, Chewah!
Jumpa lagi.


DrSatriaN
Sg Siput, Perak.
"Hidup Mesti Membaca"

Tercabar..

Aku rasa tercabar sekali.

Petang tadi, aku telah dipanggil oleh Bank Rakyat untuk tandatangan surat perjanjian. Di bank tu, aku berjumpa dengan kenalan baru aku, ejen Bank Rakyat la. Dia tahu aku ada melabur dalam emas. Dan dia telah mencabar aku buat kali kedua..

Mula2 dulu, bila aku baru tersedar tentang pelaburan emas, aku memang rasa menyesal.
Menyesal dan risau..
Aku menyesal sebab aku tak ambik tau sangat pasal ekonomi, pasal pengurusan kewangan, pasal sosial, pasal sejarah dan macam2 lagi.

Rupa2nya dunia ini bukanlah hanya berkisar tentang perubatan. (sebab aku belajar pasal perubatan, jadi aku hanya baca buku pasal perubatan je la). Dulu aku hanya baca tentang penyakit dan rawatan moden. Buku-buku seperti Internal Medicine, Pharmacology Langman, menjadi buku harian aku.

Kini..
Baru la aku tersedar..
Rupanya dunia ini luas sekali.

Ada sejarah yang menarik, yang juga amat menarik perhatian aku.
Ada juga tentang perkembangan teknologi yang semakin canggih, dan aku memang suka bab2 komputer dan gadjet ni.

Tapi, bila dah kahwin dan bekerja ni, aku lebih tertarik bagaimana nak mengukuhkan ekonomi keluarga aku (maklumlah, dah jadi ketua keluarga, kira jadi CEO la ni. Muahaha). Dan aku pasti, ramai yang bekerja di luar sana yang bertungkus-lumus mencari duit untuk membina impian dan cita-cita masing-masing.

Dalam aku asyik meneroka luasnya dunia ini, aku terjumpa fakta yang agak merisaukan aku. Aku jadi tak keruan buat beberapa hari. Tumpuan kerja aku pun terjejas.

"Ish, apa yang buat mamat ni jadi camni sekali?"
Kalau ini yang korang fikirkan, biar aku bagitau..

Dari tahun ke tahun mendatang, nilai Ringgit akan merosot sedikit demi sedikit. Malah, pada beberapa tahun akan datang, dijangkakan akan berlaku lagi kemerosotan ekonomi dunia yang besar dan lebih teruk daripada kemelesetan ekonomi Malaysia 1998. Dan, ada bukti munasabah kenapa ia boleh berlaku.

Maka, daripada sini lah aku dapat tau yang emas mampu menyelamatkan nilai harta kita yang kita telah susah payah cari. Bekerja siang dan malam. Malah, ada yang terpaksa meninggalkan anak isteri di rumah berbulan2. Berjauhan dengan keluarga dan sanak saudara. Semuanya kerana keperluan atau desakan kerja.

Kerana kerja..

Dan, yang merisaukan aku..
Segala susah payah dan pengorbanan kita, walau sehebat mana pun, jika kita tidak bijak membuat persediaan menghadapi gelombang kemelesetan ekonomi yang mendatang...
...akan jadi sia-sia.
...yang tinggal hanya kepingan kertas dan syiling yang dah tak bernilai lagi.

Cuak tak?
Bila aku dapat tau je fakta ni, memang aku cuak giler. Sebab itulah aku jadi tak keruan. Tetapi akhirnya, aku dah jumpa cara untuk selamatkan harta aku daripada hilang nilainya. Sejak itu, aku tak bertangguh lagi dan terus tukarkan duit-duit yang aku simpan dalam bank ke dalam bentuk yang semakin naik nilainya, iaitu emas dan perak.


Bila dah terjebak dalam pelaburan emas ni, aku nampak pulak peluang untuk jana pendapatan lumayan. Dan aku terus mengambil langkah berani untuk melibatkan diri dalam perniagaan emas pulak.
Bukan aku nak berniaga sangat sebenarnya, tapi aku cuma nak melabur je.

Dan, sambung balik cerita daripada awal tadi, kawan aku tu mencabar aku supaya aku buat pelaburan ini jadi perniagaan yang serius.
"Buatlah flyers, edar melalui surat khabar. Kau ni orang yang pertama kat sini. Usually pioneer wins the most." Itulah kata-katanya.

Dan setelah fikir masak-masak, aku bercadang untuk sahut cabarannya. Tapi dengan caraku yang tersendiri. :)

*Pelaburan emas yang aku buat ni tak sama seperti penipuan emas yang berlaku beberapa tahun yang lepas. Di sini, aku tukarkan duit aku kepada emas fizikal dan memang aku bawa balik emas tu untuk disimpan di bank/safe deposit. Jadi, aku boleh jual atau pajak emas2 aku tu pada bila2 masa yang aku nak.


DrSatriaN
Sg Siput, Perak
"Hidup Mesti Membaca"

20 October 2010

Aku memang suka handphone ni!

Sejak seminggu dua ni, aku dah mula berkira-kira nak beli handphone baru.
"Ish! Susah nak bisnes ni kalo guna hp ni. Kejap-kejap line terputus, suara tersekat-sekat. Marah customer aku nanti."
Itulah..
Sebenarnya aku tak minat sgt pada hp yang canggih-manggih ni. Bagi aku, cukuplah ada alat nak berhubung je. Tu yang aku beli hp macam dalam gambar kat bawah tu, tak sampai RM100 pun.


Tapi bila otak aku dah mula berfikir nak berniaga, nak berbisnes, mula la nafsu aku cakap macam2. Lama2, mengalah jugak aku.

Ada satu ciri khas yang terdapat dalam handphone ni yang menjadi keperluan aku. Dalam bisnes aku ni, aku perlu pergi ke merata-rata tempat. Selagi aku tak berhenti kerja, aku tak punya banyak masa nak tersesat, terlajak, terbelok, ter.. ter.. untuk sampai ke destinasi. So, aku perlu alat pemandu arah atau peta.

Hehe, tapi jangan fikir aku ni kolot. Aku tak guna dah peta-peta ni. Aku bawa sekali laptop aku berserta pemacu broadband. Dalam perjalanan, aku access google map dan cari lokasi yang aku nak tuju. Sambil pandu, sambil tgk skrin laptop cari petunjuk jalan. So far, memang berguna bagi aku. Tapi leceh!

Sekejap2 tgk depan jalan, sekejap2 tgk laptop. Last2, pening gak kepala.

Akhirnya, aku buat keputusan nak beli handphone yang ada integrated navigator. So, ini lah yang menjadi pilihan aku setakat ni.

Garmin-Asus A10.



Tadi aku dah try pakai, memang best!
Insya-Allah, bila ada duit nanti, ia akan jadi milikku jua.
Hehe.

Jumpa lagi.


DrSatrian
Sg Siput, Perak.
"Hidup Mesti Membaca"


Beli buku lagi..

Alhamdulillah...

Seronoknyee....
Kalo orang rasa seronok bila dapat duit gaji, macam tu jugak la aku rasa seronok bila dapat beli buku baru..
"Ish! Nerd betul mamat ni,"
Mesti korang umpat aku, kan! Ingat aku tak tau ke?
Hahaha.

Tapi, aku tak kisah pun. Aku tetap maafkan korang, sebab aku tahu sikap dan hobi aku ni tak dikongsi sama oleh semua orang. Logik la jugak kan, tak semua orang ada hobi yang sama. Tapi, aku pesan sikit ni. Jangan la umpat orang lain sebab perbezaan yang wujud, sebabnya bila korang mengumpat, diibaratkan oleh Nabi S.A.W. sebagai memakan daging saudaranya sendiri, dan bau mulutnya busuk sekali. Wallahua'lam.

Hari ni, aku merancang nak survey handphone dan beg galas laptop. Tapi nak beli tahun depan je, tunggu bila harga handphone turun dulu (sebab PM Najib dah umumkan untuk kurangkan cukai ke atas handphone dalam Budget Negara 2011 baru-baru ni). Dalam aku jalan-jalan tu, tetiba melekat mata aku kat lot kedai MPH kat Kinta City Ipoh ni.
Bagaikan ada tarikan magnet, kaki aku terus je meluru masuk dalam kedai tu. Fuh! Hebat tul kuasa daya tarikan pelanggan kedai MPH nih. Bagaikan dipukau.
Bukan setakat tu je, malah aku terus hanyut dengan ribuan buku-buku yang tersusun rapi dalam kedai tu. Dari satu rak ke rak yang lain. Dah tak ingat penat dah. Memang kena pukau la aku ni. Berbelas-belas buku aku belek, last2 cuma 2 je yang melekat kat tangan aku.
Harga.. RM58.90. Dapat percuma voucer RM5. Murahnya... ni pada pandangan mata aku yang bagaikan dilamun cinta dengan buku2 ni.
Ish! Buku apa yang sampai buat aku jadi kemaruk ni? Aku sendiri pun pelik. Kalo nak beli baju, punya la susah. Belek berpuluh2 kali pun tak beli2 jugak. Ini komen adik perempuan aku la. Tapi kalo bab buku, dah pegang je, tak lepas2 terus sampai bawa balik rumah (beli la).

Mesti korang tertanya2 apa buku apa yang aku beli ni?
Ha.. aku akan baca dulu dan ulas dalam artikel yang lain. Buat masa ni, aku bagitau je apa tajk2 buku tu..

Orang Kaya Bertakwa, Chef Li

 "Memang buku macam ni lah yang aku sedang cari-cari sebenarnya. Alhamdulillah. Aku pasti akan jadi kaya, tapi aku tak nak tinggalkan agama."


Rahsia Web Copy, Haryzat Zulzahary


"Fuh! Aku rasa inilah buku yang paling lengkap cerita macam mana nak buat laman web untuk jana pendapatan/perniagaan. Best giler nih!"

Kupasannya akan menyusul tak lama lagi. Nantikan. Hehe.
Apapun, kalo korang dah pernah baca buku ni, boleh la bagi komen sikit2. Aku nak tau gak apa respon orang lain bila baca buku2 karangan 2 orang penulis yang memang berduit ni.
Jumpa lagi.


DrSatrian
Sg Siput, Perak
"Hidup Mesti Membaca"

17 October 2010

Review Book : The Millionaire in Me, Azizi Ali

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah. Syukur sebab aku dah beli sebuah lagi buku yang sgt berbaloi.
"Berbaloi-baloi!" Hehe, kata-kata siapa tu?

Ini gambar buku tu..


Harga yang dijual di kedai MPH adalah RM39.90, tapi isi kandungannya sgt menarik.
Apa yang menariknya? Anda mungkin bertanya.
Itulah yang aku nak ceritakan kat sini..

Gaya Penceritaan...

Aku baca buku ni dalam bahasa Inggeris, tapi yang peliknya, tak bosan. Malah aku semakin bersemangat nak terus membaca, kerana aku dapat memahami dan menjiwai apa yang cuba Azizi Ali ceritakan dalam bukunya tu. Macam baca buku novel Melayu je. Bahasa santai, dan mudah difahami. Itu yang penting. Tapi, seperti buku teks ekonomi, bila sentuh bab akaun dan kira-kira ni, aku jadi pening skit.

Isi Kandungan...

Mula-mula, beliau ceritakan pasal kehidupannya di zaman muda-muda dulu. Dibagitahu kat kita apa yang boleh kita ambik pengajaran daripada kisah hidupnya. Memang best.
Untuk makluman, banyak yang beliau cerita dalam bukunya. Tapi yang aku nak ulas kat sini hanya satu je isi kandungannya, yang pada pendapat aku memang menarik.

The four steps to financial independence
1. Make enough money.
2. Save part of that money.
3. Invest that saving wisely.
4. Avoid major financial mistakes.

(En Azizi, jangan marah ye saya kutip sikit info daripada buku hang. Lagi pun, secara tak langsung, aku promote buku hang. Ye?)

Ok. Cuma 4 langkah je nak jadi kaya. Senang je, kan? Tapi.. senang tak senang, ramai orang yang dah berusaha kuat pun tak kaya2 jugak. Betul?
Betuuuuuul!
Biar aku ulas secara ringkas tentang 4 langkah2 ni. Selebihnya, korang beli la buku tu sendiri dan baca.

Mula-mula, korang kena ada pendapatan tetap atau dipanggil active income. Biasanya kerja-kerja makan gaji yang boleh jamin pendapatan tetap. Maksudnya, korang kena bekerja untuk orang lain, seperti kata Robert Kiyosaki, Rich Dad Poor Dad. Tapi, sebenarnya tak cukup kalo bergantung pada kerja makan gaji sahaja. Alasannya ada dalam buku tu. So, korang kena cari kerja part-time atau buat bisnes sendiri. Ini dipanggil pendapatan tak menentu atau passive income. Pendapatan ni penting supaya korang boleh buat simpanan banyak2. Itulah yang dimaksudkan 'make enough money'.

Pastu, korang kena simpan sikit daripada pendapatan2 yang ada tu. At least 10%. Lagi banyak lagi bagus. Tapi bersederhana je lah. Jangan tamak sgt, jgn boros sgt. Dalam agama islam dipanggil, wasatiah.

Dulu, aku ingatkan simpan duit taruk dalam bank je. Tapi rupa2nya, tak bijak cara ni. Kena simpan dalam bentuk pelaburan, baru lah duit tu membiak. Duit cari duit, kata abah aku. Robert Kiyosaki kata, "Money works for you!". Oo.. tapi kat sini yang ramai orang tersilap. Nak labur duit tu kat mana? Yang ni, Azizi Ali tak cerita plak. Mungkin beliau cerita dalam buku lain kot. Tapi alhamdulillah, aku dah tahu nak labur kat mana. Hehe.

Lastly, don't make major financial mistakes. Yang ini, korang kena timba ilmu. Kena belajar. Dalam buku ni, hanya diberikan garis panduan apa ciri-ciri pelaburan penipuan. Yang penting, korang kena belajar tentang ekonomi dan pelaburan jika tak mahu terlibat dalam kesilapan yang merugikan.

Amacam? Best kan.

Recommendation : Beli buku ni. Tak rugi, beb!


DrSatriaN
"Hidup mesti Membaca"
Sg Siput, Perak

15 October 2010

Hari Jumaat

Sedar tak sedar, dah 1 minggu aku tak update blog aku.
Laju betul masa berlalu.

Apa khabar semua?
Moga sihat-sihat ye.

Hari ni aku jaga Jabatan Pesakit Luar. Syukur, kebiasaannya hari jumaat tak ramai pesakit. Walau pun tak ramai, tapi aku ada banyak jugak kerja yang nak disiapkan. Bagi aku, kalo ada pesakit tanya time bila sesuai nak jumpa doktor? aku cakap ke, hari jumaat. Ada sorang pesakit tu, dia baru je nak duduk atas kerusi, dah kena panggil. Dapat preskripsi ubat, farmasi suruh tunggu kejap je. Tak sempat nak duduk, ubat dah siap dan boleh balik. Best tak? Itulah Jabatan Pesakit Luar pada hari jumaat.

Tapi...

Sebenarnya, tak ramai orang yang tahu.
Sekarang, masa menunggu tak macam dulu2. Kalau dulu, orang kena tunggu sehingga 6 jam hanya untuk jumpa doktor. Pastu, nak ambik ubat, kena beratur lagi 6 jam. Habis setengah hari kat klinik pesakit luar. Tapi.. sekarang, semuanya dah berubah. Sistem pun dah canggih dan lebih efisien. Puratanya pesakit hanya perlu tunggu sekitar 45 minit -1 jam sahaja.

Tapi, itu pun masih ada orang tak puas hati. Susah nak cakap dengan orang yang tak bersyukur ni. Bertekak pun dia masih tak mahu mengalah. Biarkan je..

Dalam ramai-ramai tu, ada jugak yang puji.
"Wah! Cepat betul ye sekarang. Saya tak sempat duduk pun, dah dipanggil." ujar seorang pesakit yang sudah separuh abad. Tersenyum kami mendengarnya. Bangga!

Tapi.. amat jauh berbeza keadaannya bila tiba hari isnin. Ibaratnya, hari isnin adalah gambaran 10 tahun yang lepas, dan jumaat adalah ingauan di masa depan. Hohoho.

Apa pun, memang cepat sungguh masa berlalu.
Fuh...!

13 October 2010

13th Oktober 2010...

Aduh..!

Penatnya badan.
Seharian bekerja tanpa henti bermula seawal 7pagi hingga 5 petang.
Lagi tambah meletihkan apabila aku telah dipanggil malam tadi untuk mengiringi seorang pesakit untuk dihantar segera ke Hospital Besar Ipoh.
Pukul 1pagi, ketika baru sahaja mataku hendak melelapkan mata. Tiba-tiba handphone aku berdering memecah kesunyian malam.
Kreng! Kreng!
Bunyinya kuat menyakitkan telinga, tetapi lebih menyakitkan mataku kerana panggilan itu daripada Hospital. Hohoho.
"Ni macam nak kena terbang je aku malam ni," getus hatiku.
Dan.. memang tepat jangkaanku.
Ada seorang wanita mengandung yang sudah cukup 9 bulan, dan pintu rahimnya juga telah terbuka penuh sejak pukul 11.55pm tetapi kepala bayi masih tak keluar-keluar jugak. Berdasarkan protokol hospital ini, seandainya setelah berusaha untuk bersalin biasa sehingga 1 jam tetapi bayi masih tak keluar-keluar lagi, maka pesakit itu perlu dihantar segera ke Hospital Besar yang ada kemudahan pembedahan (Lower Segment Ceaserean Section).
Dan.. doktor onkol perlu mengiringi sekali takut-takut terberanak ketika dalam perjalanan. Tujuannya dikhuatiri anak yang lahir itu perlukan bantuan kecemasan untuk menyelamatkan nyawanya.
Setelah peralatan-peralatan telah tersedia, maka berangkatlah kami ke Hospital Besar Ipoh dengan ambulans pada pukul 1.20 pagi. Laju sekali ambulans kami meluncur di jalan raya, dengan bunyi siren dan hon yang bertalu-talu mengecutkan kenderaan-kenderaan lain untuk ke tepi memberikan laluan.
Namun, selaju itu jugalah jantungku berdegup kencang..
Dup dap! Dup dap! Dup dap!
Semakin kuat lagi jantungku bergendang setiap kali pesakitku itu meraung kesakitan hendak bersalin. Kekadang aku rasa geram jugak, kenapa lah tak faham-faham pesakit aku yang sorang ni. Berbuih-buih mulut aku berpesan supaya jangan meronta-ronta dan jangan meneran, tapi tarik dan hembus nafas sahaja untuk tahan sakit. Dia tetap juga meraung. Tak diendahkan. Terus meronta-ronta.
Melihat keadaannya itu, sekilas hati aku terdetik.
"Astagfirullah..! Kenapa aku nak marah-marahkan dia sedangkan dia dalam kesakitan. Sepatutnya aku cuba untuk memahaminya yang sedang sakit nak bersalin!"
Entah kenapa, suara halus itu menyentak jantung kemarahanku sehingga aku terus jadi kesian dan sayu melihat keadaannya. Seketika itu juga, aku terkenangkan isteriku yang juga sedang mengandung. Bagaimana pula keadaannya nanti?
Astagfirullahalazim..
Aku percaya pada balasan Tuhan atas setiap perbuatan dan perkataan kita. Aku khuatir nanti Allah akan balas pula pada isteriku sebagai balasan aku tidak bersabar ketika ini. Aku jadi takut untuk terus turutkan amarahku, lalu aku memilih untuk menahan sabar.
Dan.. aku teringat juga pada kata-kata ustaz masa di bangku sekolah dulu.

“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” - Hadis riwayat Bukhari

Akhirnya, setelah 20 minit di perjalanan, kami tiba jua di pintu Hospital Besar Ipoh dan pesakit itu selamat dimasukkan ke bilik bersalin (Labour Room).
Syukur.. berkat kesabaran, mungkin.
Sebelum kami berangkat pulang, kami terdengar yang bayi di dalam kandungannya mungkin akan lemas dan mungkin pesakit itu terpaksa dibedah segera. Syukur.. lega sungguh hatiku. Jika ketika dalam perjalanan itulah aku terpaksa sambut bayi itu, mungkin aku terpaksa bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa bayi itu dengan bantuan peralatan dan tenaga kerja yang sedikit.
Fuh... lega. Asalnya marah, bertukar penuh kelegaan.
Dengan hati yang lapang itu, aku pulang ke rumah untuk sambung tidurku pada pukul 3 pagi.

Demikianlah coretan aku akan pengalaman onkol aku malam tadi.
Mendebarkan, dan menginsafkan. Kini, keletihan.


DrSatrian
"Hidup Mesti Membaca"
Sg Siput, Perak

12 October 2010

Waktu kerja aku...

“Maafla, sayang. Abang kena buat locum la malam ni.”
“Ye la. Kerja! Kerja! Kerja!”
Isteri aku mengomel. Aku tahu dia kecewa. Aku tahu dia rasa terkilan sebab aku lebih banyak meluangkan masa untuk kerja berbanding dirinya dan keluarga.
Tapi.. apakan daya. Inilah lumrah kerja seorang doktor. 
Ramai orang yang bercita-cita ingin menjadi doktor. Kerjaya doktor sangat dipandang mulia oleh masyarakat. Ramai juga orang yang berpendapat kerja doktor sangat lumayan dan boleh hidup mewah. Tak kurang juga ada yang anggap doktor sebagai hero. Bila mereka bawa ibu atau ayah mereka ke pintu Unit Kecemasan hospital, berkaca-kaca mata mereka melihat doktor yang datang merawat ibubapa mereka mengharapkan agar ibubapa mereka cepat sembuh.
Tapi..
Hidup tidak seindah yang disangka.
Hanya indah khabar sahaja daripada rupa.
Ramai yang tidak mengetahui pengorbanan yang terpaksa ditempuh oleh seorang doktor. Lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga.
Dan.. pengorbanan yang tidak dapat dicari ganti lagi adalah... masa.
 
Kenapa masa?
Kebanyakan doktor-doktor yang bekerja dengan kerajaan adalah bekerja di hospital. Di hospital, jadual waktu kerjanya tidak sama dengan kerja di klinik atau bahagian pentadbiran. Di samping kerja pada waktu biasa (8pagi hingga 5 petang), ada juga waktu kerja yang di luar daripada waktu kerja biasa iaitu onkol dan locum.
Sepertimana yang kita sedia maklum, sesebuah hospital yang mempunyai pesakit di dalam wad-wadnya dan juga mempunyai jabatan kecemasan, perlulah sekurang-kurangnya ada seorang doktor yang bertugas yang boleh dipanggil pada bila-bila masa untuk menghadapi kes-kes yang datang. Oleh itu, waktu kerja doktor yang bertugas pada panggilan seperti ini dipanggil onkol.
Di hospital aku, sebagai contoh, ada dua orang doktor yang berada dalam panggilan. Yang pertama, adalah active call di mana doktor ini perlu sentiasa berada di hospital untuk berhadapan dengan apa jua kes yang datang atau masalah yang timbul di wad. Jadi, jika ada apa-apa masalah yang timbul, maka doktor inilah yang akan dipanggil.
Manakala, doktor yang seorang lagi akan buat passive call, di mana dia boleh duduk berehat di rumah tetapi perlu bersiap sedia pada bila-bila masa jika ada panggilan. Kebiasaannya, panggilan dibuat untuk menemani pesakit yang kurang stabil untuk dihantar ke hospital besar atau menolong doktor onkol jika berlaku kes-kes disaster. Bila buat passive call, aku tidak boleh berada jauh daripada hospital melebihi 15 minit perjalanan. Maksudnya, aku tak boleh keluar ke mana-mana.
Kedua-dua doktor ini perlu onkol selama 24 jam, dan biasanya disambung lagi bekerja keesokan harinya untuk memenuhi waktu bekerja hari biasa. Maka, kebiasaannya doktor akan bekerja selama 30-36 jam bila mereka onkol.
Bayangkan betapa penatnya bekerja jika terpaksa menghadapi kes-kes yang datang bertubi-tubi. Jika selama 36 jam itu, kes datang tak henti2, maka selama 36 jam itulah doktor tidak boleh melelapkan mata. Malah, jika doktor yang onkol seterusnya belum datang, maka doktor yang telah kepenatan itu perlu meneruskan kerja dan tidak boleh balik lagi.
Misal kata, aku onkol hari ini. Maka aku akan onkol 24 jam bermula jam 8 pagi hari ini sehingga jam 8 pagi esoknya. Tetapi aku belum boleh balik lagi. Aku perlu terus bekerja merawat pesakit2 di wad sehingga jam 1 petang. Di hospital aku, PM OFF diberikan pada hari selepas onkol. Maksudnya, aku boleh balik awal pada pukul 1 petang, yang sepatutnya balik pada pukul 5 petang.
Tetapi..
Biasanya, letih badan selepas onkol membuatkan aku tak larat nak layan keluarga. Aku lebih banyak tidur je pada sehari selepas onkol.
So, bila onkol, sebenarnya aku kehilangan 2 hari.
Dalam sebulan, aku perlu buat active call sebanyak 6 kali. Ini bermakna, aku kerugian 12 hari daripada sebulan. Ditambah dengan 6 kali lagi aku buat passive call. Dan ini juga bermakna, 2 weekend aku habis terguna untuk onkol.
Jangan dilupakan, aku juga perlu buat locum. Locum adalah kerja klinik pada luar waktu kerja biasa, seperti jadual di bawah.
Hari Kerja Biasa 6 pm – 9 pm
Hari Minggu/Cuti 9 am – 12 am
6 pm – 9 pm
Aku diberi locum sebanyak 5 kali sebulan, dan 1 lagi hujung minggu aku digunakan.
Ini bermakna, dalam sebulan.. aku hanya memperolehi 1 kali sahaja hujung minggu untuk aku luangkan masa bersama keluarga. 
So.. peringatan untuk orang perempuan, jangan berkahwin dengan doktor kalau mahukan suami yang sentiasa berada di sisi anda. Hehe. (sekadar gurauan)
Jadi aku ingin bertanya, apakah berbaloi pengorbanan aku pada keluarga demi kerjaya ini?
Inilah yang menjadi mimpi ngeri aku bila ibubapa aku tidak mahu aku berhenti bekerja. Mereka mahu aku terus bekerja sehingga pencen atau tua. 
Berbaloi ke duit yang aku dapat jika anak isteri terabai? Sedangkan, jika mereka jatuh sakit, betapa susahnya nak minta doktor lain gantikan onkol kita. 
Tidak..! Pada aku, sekali-kali tidak berbaloi.
Aku akan gunakan otak aku untuk cari jalan bagaimana aku boleh mendapat pendapatan tetap bulan-bulan seperti sekarang tetapi mempunyai waktu yang fleksibel dan lapang. Aku tidak akan mengalah lagi. Yosh!! ;)
Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang dhaif ini. Amin...
DrSatrian "Hidup Mesti Membaca"
Sg Siput, Perak.

11 October 2010

Yes! Baca lagi..

Alhamdulillah!

Aku dah beli sebuah buku yang sangat menarik ketika persinggahanku di Sunway Piramid tempohari.
Buku bertajuk: Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar.
Penulis: Irfan Khairi, jutawan internet Malaysia.


Mesti ada di antara anda yang tertanya-tanya, nape aku ni kecoh sangat pasal beli buku? Orang lain pun beli buku jugak, tak heboh pun.

Hehehe. Sebenarnya aku cuma ingin melahirkan perasaan gembira aku kerana dapat membeli sebuah lagi buku yang menarik. Buku yang menceritakan berkenaan pengurusan kewangan dan pendapatan sampingan ini memang menepati keperluan aku yang sudah tak boleh lagi bergantung kepada makan gaji semata-mata.

Sedangkan jutawan hartanah, Azizi Ali juga turut menyediakan dirinya untuk teruskan membaca buku-buku hebat setiap minggu. Malah, bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir, yang mendapat pengiktirafan antarabangsa juga seorang yang sangat gemar membaca buku. Ini bermakna orang-orang yang hebat sebenarnya adalah seorang yang rajin memperbaiki diri dan menambahkan ilmu di dada. Kehadiran anda di blog saya ini juga menunjukkan anda seorang yang rajin mencari ilmu. Ye?

Apa pun yang anda fikirkan, saya dapati buku ini memberi saya satu persepsi baru berkenaan dunia internet. Malah, saya turut diajarkan langkah demi langkah bagaimana untuk memulakan 'kehidupan' di alam maya ini.
Overall : Very Good, Highly Recommended!

Tak Rugi Membaca Buku-Buku Bermanfaat
Jumpa lagi :)

 

DrSatrian
"Hidup Mesti Membaca"

22nd September 2010..


Bismillahirrahmanirrahim..

“Diari, merakam sejarah mencatat kenangan” - Ustaz Muhammad Abdullah (www.ustazamin.com)

Hidupku bermula seawal 4.30 pagi.
Tetapi aku bukanlah selalu bangun seawal ini, cuma semalam aku tidur lebih awal daripada biasa. Penat melayan puluhan pesakit di Jabatan Pesakit Luar semalam, tetapi itu adalah lumrah dalam kerjaya seorang doktor.



Status terkini..

Mungkin ini adalah entry pertama dalam nukilan diariku, jadi mungkin aku perlu memperingatkan diri aku akan siapakah aku dan apakah yang aku perbuat di kala ini.
Kini & selamanya.. aku tetap teguh seorang hamba Allah yang beriman pada keEsaan Allah S.W.T. Aku tetap beriman sepenuhnya kepada-Nya dan agama-Nya. Moga, untuk selama-lamanya. Amin.
Kini, aku bertugas sebagai pegawai perubatan di salah sebuah hospital terpencil (district hospital) di negeri Perak. Aku dikurniakan seorang isteri yang pengasih dan anak yang comel (juga aktif).

Amalku...

Aduh.. sedih. Sedih sekali. Aku merasa tempang sekali akan amal ibadahku. Cacat dan penuh kekurangan. Solatku.. waktunya sering kali terlewat. Sedangkan orang beriman itu meletakkan solatnya di awal-awal waktu. Begitulah yang dilakarkan dalam ayat-ayat Al-Quran dalam menghuraikan ciri-ciri orang beriman yang beruntung, surah Al-Mu'minun. Dan sebenarnya, begitulah yang dikehendaki-Nya pada seseorang insan yang mahu menagih kasih-Nya, menuntut redha-Nya dan mendambakan ampunan daripada-Nya. Sedihnya..
Lidahku juga semakin keras.. jarang sekali menuturkan bait-bait syahdu Al-Quran. Zikirku juga semakin sayup-sayup kedengaran. Sedangkan orang beriman itu lidahnya sentiasa basah dalam zikrullah dan hatinya sentiasa terpaut pada al-Quran sebagaimana sang kekasih menatap seutas surat cinta daripada pasangannya dalam kerinduan yang tidak berbelah bahagi.
Ya Allah..
tunjukkanlah aku jalan-Mu..
aku memerlukan pimpinan-Mu..
Aku ingin menjadi hamba-Mu yang sentiasa merindui-Mu dan berkeupayaan beramal bakti sebaik-baiknya mengharapkan cinta-Mu..

Ilmuku...

Kini aku sedang menelaah buku-buku karangan Azizi Ali. Hah! Pasti anda terasa seperti pernah mendengar nama ini. Ya! Azizi Ali, nama seorang tokoh kewangan Malaysia yang sudah tidak asing lagi di abad 20an ini. Dengan karya-karyanya yang laris (best-seller) dan seminar-seminarnya, melonjakkan nama beliau sebagai seorang penasihat kewangan yang hebat di Malaysia, dan juga negara-negara sejiran.
Berikut adalah buku-bukunya yang telah kutempah melalui internet (dan kini berada di tangan, hehe) ..

How to become a Property Millionaire, Azizi Ali.
How to become a Millionaire Landlord, Azizi Ali.
Get into Gold, Azizi Ali.
Smart Parents, Richer Kids, Zaid Mohamad & Azizi Ali.
Winning at Property Auctions, Azizi Ali.
40 Soalan yang Anda Patut Tanya kepada Peguam Anda sebelum Membeli Rumah di Malaysia, Khairul Anuar, LL.B (Hons).
How to Pay Off Your House Loan in 5 Years or Less, Azizi Ali.

“Ish! Dunia, dunia..”
Hehe, mungkin begitu reaksi anda. Tetapi percayalah, bukanlah sebab perasaan tamak dan haloba memiliki harta berjuta-juta dan menjadi kaya-raya yang mendorong aku membeli buku-bukunya.
Cuma.. aku percaya pada ilmu yang dicurahkannya boleh memberi manfaat untuk diriku dan keluargaku dalam menguruskan harta dunia ini..
Dan.. aku ini seorang yang berkuriositi tinggi.
“Kenapa begitu laris buku-buku yang seorang ini?”

Keluargaku...

Sedih.. sedih sekali.
Aku kini terpisah dan dipisahkan..
Jauh di perantauan di pedalaman di Perak, atas alasan kerjaya..
Jauh daripada emak dan abah yang kesunyian di rumah..
Jauh daripada ibu dan ayah yang penyayang di Johor..
Jauh daripada anak isteri yang bersendirian di Selangor..
Jauh daripada adik-beradik, mahu pun sanak saudara..
Jauh daripada kawan-kawan lama..
Jauh.. Jauh sekali.

Hanya menunggu keputusan rayuanku sahaja (kini sudah berada di Putrajaya dan malumat terkini mengesahkan bahawa rayuanku akan diperdengarkan pada awal Oktober ini).
Kuharapkan jawapan yang positif, namun Tuhan Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.
Kuserahkan pasrah dan sedihku kepada-Nya.

Kerjayaku...

Tiada rancangan untuk sambung belajar. Cukuplah dulu sebagai seorang pegawai perubatan biasa, sehingga habis tempoh servis wajib (compulsory service).
Timba pengalaman dulu..

Hartaku...

Alhamdulillah.. sekalipun duit di kocek hanya beberapa helai ringgit, dan di simpanan hanya cukup untuk makan minum sebulan. Namun, aku sedang membuat pelaburan yang lebih menguntungkan. Pelaburan kepada diri sendiri.. ilmu pengetahuan.

Rumusan..
Sekali pun jauh daripada anak isteri dan sanak saudara, sekali pun perit dan derita hati ini menanggung kesedihan dalam kesunyian, aku akan terus menaburkan bakti di bumi Allah ini sebagai doktor biasa..
Juga memulakan perancangan jangka masa panjang.. dan yang terjauh sekali, adalah di hari selepas kematianku nanti..
Kena cari ustaz @ murabbi ni. Iman aku dah tahap kronik dan kritikal dah ni.
Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan berjumpa lagi di lembaran akan datang..

10 October 2010

Selamat Datang...

Assalamualaikum w.b.t.
Salam ukhuwah, salam perkenalan.


Pertama-tamanya, saya amat menghargai kehadiran anda ke blog saya yang tak seberapa ini. Terima kasih banyak-banyak. Saya berharap blog ini akan menjadi suatu tempat persinggahan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh diri saya sendiri, dan juga anda semua. Matlamat saya lebih kepada perkongsian ilmu dan kepakaran kita dalam menerajui bahtera kehidupan ini ke jalan yang selamat dan menguntungkan. Jika ini yang menjadi hasrat anda, saya harap anda beroleh manfaat daripada blog ini.
Terima kasih.
Arigato!

Perkongsian itu Berkat.